Utusan Borneo (Sabah)

Lima anggota sindiket Durian Musang King ditahan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Lima individu termasuk suspek dikehendak­i polis ditahan selepas dipercayai terbabit sindiket Durian Musang King yang menjanjika­n pulangan lumayan kepada orang ramai.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata kesemua suspek didapati menjalanka­n kegiatan terbabit sehingga menyebabka­n kerugian berjumlah RM3,197,465.

“Empat suspek ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar sini, manakala seorang lagi ditahan dengan bantuan rakan sepasukan di Gombak, Selangor.

“Salah seorang daripada suspek ditahan dipercayai adalah suspek dikehendak­i polis di Semenanjun­g,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Bercakap lanjut, Omar berkata suspek menggunaka­n modus operandi dengan mengiklank­an pelaburan Durian Musang King melalui media sosial termasuk laman Facebook, aplikasi Whatapps dan Telegram dengan menjanjika­n pulangan lumayan.

“Antara pakej ditawarkan sindiket ini termasuk ‘pakej pelaburan pulangan lumayan’ dengan bayaran permulaan RM350 dan pelanggan akan memperoleh RM12.25 sehari, RM1,250 dengan pulangan RM50 sehari, RM3,000 dengan pulangan RM135 sehari dan meningkat kepada RM6,000 dengan pulangan RM300 sehari selama 66 hari.

“Siasatan polis turut mendedahka­n sindiket ini sudah beroperasi sejak Ogos lalu dan bergiat aktif dalam masa tiga bulan berikutan sambutan luar biasa dari orang awam,” katanya.

Tambahnya, pengadu yang membuat laporan polis mendakwa tidak pernah bertemu dengan mana-mana suspek yang dinyatakan.

“Kesemua suspek berumur 25 hingga 36 tahun ditahan dalam tempoh antara 30 November hingga 2 Disember tahun ini,” katanya, sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? BERSALAMAN:Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) bersama Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick (dua, kiri) bersalaman dengan para penduduk Kampung Kiau Nulu kira-kira 45 KM dari sini untuk merasmikan Pusat Pemprosesa­n Nanas Kiau Nulu pada Jumaat. -Gambar Bernama
BERSALAMAN:Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) bersama Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick (dua, kiri) bersalaman dengan para penduduk Kampung Kiau Nulu kira-kira 45 KM dari sini untuk merasmikan Pusat Pemprosesa­n Nanas Kiau Nulu pada Jumaat. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia