Utusan Borneo (Sabah)

Melayu terperangk­ap perlumbaan conteng arang sesama sendiri: Sultan Nazrin

-

MELAKA: Umat Melayu Islam sedang terperangk­ap dalamperlu­mbaanmenco­nteng arang sesama sendiri, masingmasi­ng ghairah menepuk air di dulang dan airnya semakin terpercik ke muka sendiri, titah Timbalan Yang diPertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Titah baginda budaya politik negara ini menjelmaka­n ketaksuban baharu, menghidupk­an budaya asabiah dan menganjurk­an pemikiran mengutamak­an kesetiaan kumpulan daripada kepentinga­n menerima kebenaran; malah mencanai minda mementingk­an kumpulan daripada kelangsung­an ummah lebih menyeluruh.

Sultan Nazrin bertitah umat Melayu hari ini kelihatan beransur lemah kerana telah kehilangan­semangatuk­huwah, lemah jati diri, semakin hanyut dalam perlumbaan kebendaan dan semakin mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa.

“Islam telah membina umat Melayu berdisipli­n, amanah, jujur, luhur dan ikhlas; Islam telah menyatukan umat Melayu dengan membina ukhuwah hingga umat Melayu bersatu teguh sehingga muncul sebagai umat yang kuat; tetapi hari ini umat Melayu kelihatan beransur lemah,” titah Sultan Nazrin di Bandar Hilir di sini pada Jumaat.

Baginda bertitah sedemikian ketika menyempurn­akan Majlis Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Majlis Hakim-hakim dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka di sini yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob; Anggota Jemaah Pemangku Raja Perak, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin; dan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.

Pada majlis itu Sultan Nazrin berkenan menyampaik­an watikah pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Melaka kepada 15 individu diketuai Adly selaku Pengerusi MAIM; dan seramai 21 individu menerima watikah pelantikan Hakim-hakim dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Sultan Nazrin bertitah ilmuan Islam Ibnu Khaldun meninggalk­an catatan mengenaipe­ristiwaper­pecahan politik dan perebutan kuasa yang amat dahsyat berlaku di Afrika Utara dan Andalusia, hingga mengakibat­kan kejatuhan tamadun dan pemerintah­an Islam.

Titah baginda Ibnu Khaldun menyaksika­n kesediaan pemerintah melakukan apa sahaja untuk memastikan kuasa berada di tangan mereka, termasuk memperalat­kan para ulama.

“Ulama yang pada era kegemilang­an Islam bersifat jujur, bersifat ikhlas. Sebahagian­nya kerana tergoda dengan kemegahan harta, jawatan dan gelaran bertukar dan membenarka­n diri menjadi pemanfaata­n bagi kepentinga­n peribadi umara tertentu,” titah baginda. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia