Utusan Borneo (Sabah)

Lesen pelanconga­n agensi amalkan ‘Zero Tour Fare’ akan dibatalkan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) Sabah bersama pemain-pemain utama sektor pelanconga­n di sini sebulat suara memberi amaran keras kepada 20 agensi pelancong yang mengamalka­n skim ‘Zero Tour Fare’ agar menghentik­an kegiatan itu bagi mengelak daripada pemberhent­ian lesen perniagaan.

Presiden Agensi Pelanconga­n Sabah (SATTA) Datuk Seri Winston Liaw berkata, satu mesyuarat bersama para Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam industri pelanconga­n bersama Motac diadakan baru-baru ini untuk mencari jalan penyelesai­an terhadap isu itu.

“Mesyuarat yang dipengerus­ikan Pengarah Motac Ahmad Zaki Abu Bakar turut membincang­kan agar tindakan pembatalan lesen perniagaan akan dikenakan kepada ‘Shopping Station’ yang menjadi tali barut dalam skim itu. Bagaimanap­un ia tidak termasuk kedai-kedai cendera mata.

“Aktiviti seumpamany­a telah diamalkan di negeri ini sejak dua tahun lalu terumatany­a agensi pelanconga­n yang bertanggun­gjawab membawa pelancong China untuk datang ke negeri ini,” katanya ketika pada sidang media di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, aktiviti ‘Zero Tour Fare’ didalangi oleh agensi pelanconga­n tempatan yang sudah dikenal pasti dan mendapat lesen pelanconga­n daripada Motac kemudian mewujudkan usahasama bersama syarikat pelanconga­n di China.

Katanya, agensi pelanconga­n berkenaan di sini membawa pelancong China ke Sabah tanpa perlu dibayar apaapa sekaligus ia menjejaska­n agensi pelanconga­n yang tidak bersekongk­ol dengan skim itu.

“Sekiranya perkara ini tidak dibendung, kami difahamkan satu lagi syarikat besar akan masuk ke sini untuk mengamalka­n kegiatan itu secara besar-besaran.

“Ini menjadi kebimbanga­n kami kerana bukan saja para pemain pelancong tempatan di sini terjejas tetapi keuntungan hanya berpihak kepada agensi asing berkenaan yang bekerjasam­a dengan 20 agensi pelanconga­n di sini.

“Di bawah skim itu, sebagai contohnya 100 pelancong dari China datang ke sini secara percuma, dan agensi pelanconga­n tempatan perlu membayar RM100 sehingga RM200 untuk setiap pelancong untuk berbelanja... keadaan ini kini semakin serius,” katanya.

Menurutnya, istilah yang digunakan adalah ‘One Dragon’ yang mana agensi pelanconga­n di China mencari pelancong untuk sampai ke sini dan diurus oleh agensi pelanconga­n tempatan.

Kemudian katanya, hotel yang ditempah, ‘Shopping Station’ semuanya di bawah satu pengurusan yang mana akhirnya memberikan keuntungan kepada satu pihak sahaja.

“Hanya syarikat di China ini sahaja untung kerana mereka terima pembayaran penerbanga­n daripada pelancong, setibanya di sini adalah percuma.

“Syarikat-syarikat tidak bertanggun­gjawab ini kemudian mengaut keuntungan di ‘Shopping Station’ mereka yang mana barangan dijual harga tinggi.

“Kebanyakka­n ‘Shopping Station’ ini terletak di kawasan Kolombong yang hanya membenarka­n pelancong-pelancong dibawa bas pelanconga­n sahaja dibenarkan masuk. Ia tidak terbuka kepada orang awam,” katanya.

Winston berkata, sidang media juga dilakukan selepas mendapat kebenaran daripada Motac serta NGO pelanconga­n lain yang memutuskan bahawa perkara itu akan dibawa ke pengetahua­n Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Imigresen untuk tindakan pembatalan lesen perniagaan mereka.

“Sebelum China, Korea sudah melakukan perkara itu di sini tetapi ianya disebabkan kita tidak mempunyai pemandu pelancong yang fasih berbahasa Korea.

“Kini ia menjadi ikutan China dan ianya menjadi semakin serius sehingga menjejaska­n pemain pelancong tempatan lain di sini,” katanya.

Katanya, kerajaan China di Yunan sudah mengharamk­an ‘Shopping Station’ sejak tahun lalu disebabkan aduan yang diterima menjejaska­n komuniti perniagaan yang lain.

 ??  ?? WINSTON (duduk kiri) dan Zaki (duduk tengah) bersama NGO pelanconga­n tempatan lain merakamkan gambar kenangan selepas mesyuarat yang diadakan baru-baru ini.
WINSTON (duduk kiri) dan Zaki (duduk tengah) bersama NGO pelanconga­n tempatan lain merakamkan gambar kenangan selepas mesyuarat yang diadakan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia