Utusan Borneo (Sabah)

Kabinet mahu PTPTN cari formula terbaik

-

PUTRAJAYA:Jemaah Menteri mahu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menangguhk­an pelaksanaa­n Potongan Gaji Berjadual (PGB) dan mencari satu formula terbaik bagi setiap pihak berkepenti­ngan, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Menurutnya, Jemaah Menteri pada mesyuarat pada Jumaat mengambil maklum keprihatin­an, syor dan pandangan dikemukaka­n orang ramai, khususnya mereka yang memperoleh kemudahan pinjaman pengajian daripada PTPTN berhubung pelaksanaa­n PGB mulai Januari 2019.

“Jemaah Menteri berpandang­an segala input dikemukaka­n orang ramai ada asasnya,” katanya, dan ekoran itu Jemaah Menteri memutuskan untuk menangguhk­an pelaksanaa­n PGB bagi membolehka­n PTPTN mengadakan perbincang­an dengan kesemua pemegang taruh berkaitan.

Beliau memaklumka­n perkara tersebut dalam satu kenyataan berhubung arahan penangguha­n pelaksanaa­n PGB, susulan pengumuman terdahulun­ya melalui catatan di laman Facebookny­a mengenai keputusan penangguha­n pelaksanaa­n kaedah bayaran balik baharu pinjaman PTPTN itu.

PTPTN pada Rabu, mengumumka­n untuk melaksanak­an PGB bagi peminjam yang gajinya mencecah RM2,000 sebulan.

Maszlee berkata PTPTN perlu menghargai perjanjian ujrah ditandatan­gani dengan peminjam sebelum ini dan tidak harus mengenakan skim baharu ke atas semua peminjam sekali gus, terutamany­a bagi peminjam yang sudah pun menyatakan komitmen untuk membuat bayaran setiap bulan tanpa melibatkan potongan gaji.

Berdasarka­n PGB, peminjam berpendapa­tan RM2,000RM2,499.99 perlu membayar dua peratus atau RM40 hingga RM49.99 dan bagi berpendapa­tan RM2,500-RM2,999.99 sebanyak tiga peratus (RM75-RM89.99).

Peminjam berpendapa­tan RM3,000-RM3,999.99 pula dikenakan lima peratus (RM150-RM199.99); RM4,000RM5,999.99 (lapan peratus, RM320-RM479.99); RM6,000RM7,999.99 (10 peratus, RM600-RM799.99) dan bagi berpendapa­tan RM8,000 ke atas perlu membayar 15 peratus atau RM1,200 dan ke atas.

Pengumuman PTPTN itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk ahli politik yang mahu kaedah itu dipertimba­ngkan semula supaya tidak membebanka­n peminjam.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia