Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan dalam kajian gubal Akta Keharmonia­n Sosial

-

KUALA LUMPUR: Akta Keharmonia­n Sosial akan digubal selepas kajian teliti mengenai keperluann­ya selesai dilaksanak­an, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

Beliau berkata akta yang bertujuan memupuk perpaduan dan keharmonia­n kaum itu yang kini di peringkat perbincang­an dengan kementeria­n bukan bertujuan menghukum orang ramai, sebaliknya memberi peringatan kepada masyarakat supaya tidak menimbulka­n isu-isu sensitif yang akan menggugat hubungan antara kaum.

“Banyak peruntukan dalam akta ini yang kita perlu lihat dengan teliti sebelum ia boleh digunapaka­i. Ia (akta) bukan benda yang punitif tetapi untuk mengingatk­an masyarakat bahawa sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggun­gjawab terhadap setiap perbuatan dan perlakuan.

“Kita boleh didik masyarakat untuk tidak timbulkan isu-isu yang boleh timbulkan ketegangan kaum, tetapi pada akhirnya mereka sendiri perlu sedar akan tanggungja­wab masingmasi­ng sebagai rakyat di negara ini. Pasti akan ada segelintir daripada mereka yang gemar cetuskan isu-isu sensitif melibatkan kaum lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas Program Suara Harapan: Perpaduan Mensejahte­ra Negara terbitan Bernama Radio di Wisma Bernama, di sini, pada Jumaat.

Dr Md Farid berkata berikutan wujud segelintir masyarakat yang masih cenderung menimbulka­n ketegangan antara kaum menerusi pelbagai medium terutama media sosial maka akta sedemikian perlu diwujudkan bagi mengekang perkara itu.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia