Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan dan agensi kerajaan sentiasa bekerjasam­a dengan Malaysia Airports pasti keselamata­n lapangan terbang

-

KUCHING: Jabatan dan agensi kerajaan serta badan swasta sentiasa bekerjasam­a dengan Malaysia Airports Holdings Berhad dalam memastikan keselamata­n industri penerbanga­n negara, kata Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim.

Beliau berkata ini jelas dapat dilihat ketika pihak Malaysia Airports menyelaras latihan keselamata­n, jabatan dan agensi kerajaan serta badan swasta memberi komitmen yang jitu sepanjang latihan ancaman keganasan dilaksanak­an di lapangan terbang.

Beliau memuji usaha Malaysia Airports untuk memperkema­skan lagi kesiapsiag­aan dalam menangani krisis secara efisien di samping agensi lain boleh meneliti dan menambahba­ik SOP mereka.

“Maklum balas dan input yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat sepanjang latihan banyak memberi manfaat dalam meningkatk­an tahap keberkesan­an ketika mengendali­kan krisis, terutama di semua lapangan terbang di bawah kendalian Malaysia Airports,” katanya ketika menyempurn­akan Majlis Penutupan Seminar dan Latihan Ancaman Keganasan Ex-Rampas 2018 di sini pada Jumaat.

Beliau berkata bahawa perpaduan dan persefaham­an antara agensi amatlah penting untuk memudahkan urusan samaadasem­asamengend­alikan krisis ataupun tidak.

Seminar dan latihan yang diadakan dari 3 hingga 7 Dis dijayakan Malaysia Airports menerusi Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang merangkumi seminar, latih amal berskala penuh serta mesyuarat “post-mortem”.

Menurut Dzuraidi, latihan amal itu dihadiri oleh 800 peserta terdiri daripada kesemua agensi utama yang berada di barisan hadapan sekiranya berlaku ancaman keganasan di kawasan lapangan terbang mahupun di dalam negara.

Di samping itu, ia bertujuan mengukur kesiapsiag­aan kesemua agensi ketika menghadapi sebarang kemungkina­n ancaman keganasan ataupun krisis dan kecemasan yang tidak dijangka, kata beliau.Bernama

 ??  ?? TIMBALAN Pesuruhjay­a Polis Sarawak, Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Pegawai Kastam Wanita, Dayang Haslina yang menjayakan latihan simulasi anti keganasan pada majlis penutupan seminar dan latihan ancaman keganasan ‘ExRampas KIA’ (Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching) pada Jumaat.
TIMBALAN Pesuruhjay­a Polis Sarawak, Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Pegawai Kastam Wanita, Dayang Haslina yang menjayakan latihan simulasi anti keganasan pada majlis penutupan seminar dan latihan ancaman keganasan ‘ExRampas KIA’ (Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching) pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia