Utusan Borneo (Sabah)

Satu maut, lima cedera kemalangan bas ekspres dan lori di Seremban

-

SEREMBAN: Dua puluh penumpang sebuah bas ekspres berhadapan detik mencemaska­n selepas bas yang dinaiki dari Singapura menuju Genting Highlands, Pahang terlibat dalam kemalangan.

Kemalangan yang berlaku pada 11.53 pagi di Kilometer (KM) 269 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampira­n susur keluar Bandar Ainsdale dekat sini mengakibat­kan seorang maut manakala lima lagi cedera selepas bas yang dinaiki melanggar belakang sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh yang mengesahka­n kejadian tersebut berkata mangsa yang maut merupakan seorang wanita warga Singapura berusia 27 tahun.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah lori satu tan tanpa muatan telah mengalami kerosakan dan terhenti di lorong ketiga lebuh raya. Bagaimanap­un, bas jenama Transtar yang membawa 20 penumpang, tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang lori tersebut.

“Pelanggara­n telah menyebabka­n lori terbabit terbabas ke bahu kanan jalan manakala bas tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan berhenti di lorong kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Thiew berkata akibat daripada pelanggara­n tersebut telah menyebabka­n wanita berkenaan tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis ketika dihubungi berkata lima yang cedera ialah tiga penumpang serta pemandu bas berkenaan dan seorang kelindan lori.

“Dalam kejadian itu, pemandu bas tersepit di bahagian pemandu manakala terdapat seorang wanita tercampak keluar ke atas jalan raya dari tingkat dua bas berkenaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Selain itu, 15 penumpang lain terselamat termasukla­h pemandu lori berkenaan yang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini, pada Jumaat.

Norazam berkata pihaknya tiba di tempat kejadian pada 12.12 tengah hari bersama 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Seremban dan Senawang.

Katanya, mangsa yang maut dan kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini bagi bedah siasat dan rawatan lanjut.Bernama

 ??  ?? LIMA belas penumpang sebuah bas ekspres berhadapan detik mencemaska­n selepas bas yang dinaiki dari Singapura menuju Genting Highlands, Pahang terlibat dalam kemalangan.
LIMA belas penumpang sebuah bas ekspres berhadapan detik mencemaska­n selepas bas yang dinaiki dari Singapura menuju Genting Highlands, Pahang terlibat dalam kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia