Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa edar dadah bebas tali gantung

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mampu berasa lega apabila terlepas daripada hukuman gantung, selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan mengedar dadah.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membebaska­n dan melepaskan Nurddin Sahibuddin, 44, yang diwakili peguam Cedric Choo setelah perbicaraa­n penuh dijalankan.

Nurchaya menyatakan keputusan itu dibuat setelah beliau mendengar dan membaca semua bukti serta hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Dalam penghakima­nnya itu, beliau mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes melampaui di luar keraguan munasabah.

Sebelum ini, mahkamah memerintah­kan tertuduh membela dirinya atas pertuduhan terbabit, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie.

Dalam pada itu, tertuduh memilih untuk memberikan keterangan bersumpah di dalam kandang saksi semasa pembelaan.

Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis Methamphet­amine seberat 55.85 gram, pada 2 Disember tahun lepas jam 6.10 petang dalam sebuah kenderaan berhampira­n Restoran Sempelang Sinsuran, di sini.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki warga asing kekal menjalani hukuman penjara selama 18 tahun dan sepuluh sebat, atas kesalahan memiliki dadah seberat 37.96 gram.

Keputusan itu dilakukan mahkamah terhadap Zul Hassan yang tidak diwakili peguam, selepas mengenepik­an rayuannya atas hukuman.

Pada 26 Februari tahun ini, perayu dijatuhkan hukuman itu oleh Mahkamah Sesyen, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dihukum mengikut Seksyen 39 A akta sama.

Jika sabit salah boleh dikenakan penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun, serta minimum sepuluh sebatan.

Timbalan Pendakwara­ya Umar Faiz memberitah­u mahkamah, setelah tamat tempoh pemenjaraa­n, perayu diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imigresen.

Semasarayu­an,Zulmeminta hukumannya diringanka­n kerana perlu menanggung enam anaknya yang masih memerlukan­nya.

Selepas Nurchaya mendengar rayuan terbabit, beliau mengatakan perayu bernasib baik kerana berat dadah berkenaan tidak membolehka­nnya dikenakan hukuman gantung.

Dalam pada itu, Umar menyatakan hukuman yang sudah dikenakan Mahkamah Sesyen setimpal.

 ??  ?? NURDDIN (kanan) berterima kasih dengan Cedric.
NURDDIN (kanan) berterima kasih dengan Cedric.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia