Utusan Borneo (Sabah)

Enam lelaki didakwa seludup 21 migran

-

KOTA KINABALU: Kes terhadap enam lelaki yang didakwa secara berasingan, atas tuduhan menyeludup 21 migran akan disebut semula pada 11 Januari tahun hadapan, di Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Azreena Aziz menetapkan tarikh itu terhadap Madjinil Hadji, 34, Amin Ali, 28, Omar Sapari, 53, Jasnih Ot Ali @ Mohd Alli, 54, Badri Jalal, 62, dan seorang warga asing Muksin Munib, 60, selepas membenarka­n permohonan pihak pendakwaan.

Anuar didakwa menyeludup tiga migran berusia antara 22 hingga 35 tahun, di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini, pada 3 Jun tahun lalu dan 24 Oktober.

Muksin menyeludup tiga migran yang sama dan seorang lagi yang berusia 45 tahun warga negara Filipina, jam 1.19 petang di tempat sama.

SementaraA­mindidakwa­menyeludup empat lelaki dan dua wanita, berusia antara 20 hingga 30 tahun pada 9 Ogos 2017 dan 24 Oktober jam 6.30 petang di tempat sama.

Omar didakwa menyeludup tujuh lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 37 tahun, pada hari dan di tempat yang sama.

Jasnih sebagai penguatkua­sa di lapangan terbang, didakwa menyeludup seorang lelaki dan wanita masingmasi­ng berusia 20 dan 55 tahun, sekitar Februari 2017 dan 24 Oktober di tempat sama.

Badri didakwa menyeludup tiga migran wanita berusia antara 20 hingga 45 tahun, pada 13 September 2017 dan 28 Oktober di tempat sama.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 26 A Akta Anti Pemerdagan­gan Orang Dan Antipenyel­udupan Migran 2007 (Akta 670), memperuntu­kkan penjara selama 15 tahun atau denda, atau keduaduany­a.

Pada 21 November semua tertuduh didakwa atas pertuduhan berkenaan, namun tiada pengakuan direkodkan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwara­ya Mohd Khairuddin Idris mengesahka­n kepada mahkamah, masih terdapat beberapa dokumen yang belum diterima.

Peguam Hamid Ismail yang mewakili Jasni dan Badri, peguam Ansari Abdullah bertindak untuk Amin dan Omar, manakala peguam Mohd Al-Hafiz Mohd Lokman dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi masingmasi­ng mewakili Muksin dan Anuar.

Kini semua tertuduh diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia