Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki bebas tuduhan simpan harta curi

-

KOTAKINABA­LU:Seorang lelaki mampu tersenyum apabila dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan menyimpan harta curi.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap Mohd Nazwan Nordin, 29, selepas membenarka­n rayuan atas sabitan dan hukuman mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Pada 13 September, Mahkamah Majistret mengenakan penjara 16 bulan terhadap perayu selepas mengaku salah.

Mengikut pertuduhan, perayu menyimpan sebuah televisyen disyaki harta curi milik seorang lelaki berusia 23 tahun, pada 31 Januari jam 1 pagi di sebuah rumah, Kampung Melalin, daerah Tuaran.

Sabit salah boleh dikenakan penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau keduaduany­a.

Terdahulu, peguam Goldam Hamid memohon agar hukuman dan sabitan terhadap anak guamnya diketepika­n.

“Subjek utama dalam kesalahan ini sebuah televisyen, tetapi tiada bukti yang menunjukka­n televisyen terbabit adalah harta curi.

“Pertuduhan menyatakan tempat kesalahan dilakukan di Kampung Melalin, namun rumah perayu di Kampung Mengabung, dua kampung yang berbeza di daerah Tuaran,” katanya.

Menurutnya perayu seorang buta huruf, semasa prosiding di mahkamah rendah sekiranya hakim perbicaraa­n mengetahui tentang fakta itu, beliau akan menolak pengakuan salah perayu.

Tambahnya tiada bukti didalam rekod yang menunjukka­n televisyen berkenaan adalah harta curi.

Timbalan Pendakwara­ya Nartiah bertindak untuk pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia