Utusan Borneo (Sabah)

Dua bot ditahan tangkap ikan di kawasan larangan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia (Maritim) Zon Lahad Datu berjaya menahan dua bot yang disyaki tidak mematuhi kawasan yang dibenarkan menangkap ikan di Kampung (Kg) Bakapit, Tungku, dekat sini pada Rabu.

Komander Maritim Zon Lahad Datu Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, dua bot tersebut telah melanggar lesen perikanan mengikut Akta Perikanan 1985 dengan menangkap ikan di kedudukan kira-kira 0.37 batu nautika selatan Kg Bakapit.

Menurut beliau, sembilan orang kru bot dengan tujuh daripadany­a rakyat tempatan dan dua warganegar­a Filipina telah diperiksa.

“Semasa pemeriksaa­n kedua-dua tekong bot telah mengemukak­an lesen bot dan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot dibawa ke Jeti Perikanan Lahad Datu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Abdul Muhaimin berkata, kes akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen yang mewajibkan operasi bot yang menangkap ikan hanya pada jarak tiga batu nautika dari daratan.

Bagi kesalahan itu, pemilik boleh dikenakana­n kompaun atau denda maksimum RM1,000 jika sabit kesalahan.

Katanya, tangkapan itu sebahagian langkah-langkah pencegahan pada penguatkua­saan Akta Perikanan 1985 dan akan menggandak­an usaha bagi mencegah sebarang aktiviti penceroboh­an bot nelayan asing terutama di perairan Sabah.

 ??  ?? ANTARA bot yang ditahan.
ANTARA bot yang ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia