Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh dicekup, tiga diburu

Kes rusuhan bersenjata dan pergaduhan di Bandar Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Polis mencekup tujuh suspek dan memburu tiga lagi yang masih bebas untuk membantu siasatan kes rusuhan bersenjata melibatkan pergaduhan di Bandar Tawau.

Polis mengesahka­n identiti tiga lagi suspek yang masih diburu dipercayai tinggal di Kg Titingan, serta dikenali sebagai Usop @ Ucop, Apeng dan seorang lagi lelaki yang tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata penahanan tujuh suspek di dalam kes itu dilakukan menerusi Ops Cantas yang dijalankan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Tawau.

“Mereka yang ditahan berumur antara 21 hingga 39 tahun serta terdiri daripada empatlelak­itempatand­antiga lelaki warga asing,” katanya, menerusi kenyataann­ya di sini pada Jumaat.

Fadil berkata siasatan agresif dijalankan susulan laporan polis mengenai seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri, 23, yang dipukul beramairam­ai dan disyaki turut parah ditikam.

Mengikut laporan awal, kejadian itu dikatakan berlaku pada Isnin lepas di Lorong Jalan Merdeka 3 dan di hadapan sebuah institusi perbankan di kawasan Fajar, Bandar Tawau.

“Mangsa turut ditangkap

“Mereka yang ditahan berumur antara 21 hingga 39 tahun serta terdiri daripada empat lelaki tempatan dan tiga lelaki warga asing.

ACP FADIL MARSUS

Ketua Polis Daerah Tawau dan enam daripada suspek didapati positif dadah serta mempunyai rekod kesalahan lampau seperti dadah, jenayah keganasan/ harta benda dan Imigresen,” katanya.

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barangan di dalam operasi itu dan percaya suspek utama yang menikam mangsa, salah seorang daripada mereka yang sudah dicekup.

Antara barang dirampas, telefon bimbit jenama Samsung, motosikal Yamaha 125Z warna kuning dan kenderaan Viva berwarna hitam yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

“Kesemua suspek yang sudah ditangkap kini berada dalam tahanan reman selama tujuh hari bermula dari tarikh tangkap masing-masing mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Polis mengklasif­ikasikan kes terbabit sebagai merusuh menggunaka­n senjata dan siasatan pula dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 148 Kanun Keseksaan” katanya.

 ??  ?? AKSI mangsa dipukul oleh sekumpulan lelaki di Bandar Tawau turut mendapat perhatian netizen selepas video mengenainy­a tular di media sosial.
AKSI mangsa dipukul oleh sekumpulan lelaki di Bandar Tawau turut mendapat perhatian netizen selepas video mengenainy­a tular di media sosial.
 ??  ?? SUSPEK yang turut diburu tetapi masih belum diketahui identitiny­a.
SUSPEK yang turut diburu tetapi masih belum diketahui identitiny­a.
 ??  ?? USOP @ Ucop masih diburu polis.
USOP @ Ucop masih diburu polis.
 ??  ?? APENG turut berada dalam senarai dikehendak­i.
APENG turut berada dalam senarai dikehendak­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia