Utusan Borneo (Sabah)

Kajian untuk pendekkan SOP 21 hari siasat kes gangguan seksual

-

PUTRAJAYA:Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji untuk memendekka­n prosedur operasi standard (SOP) 21 hari untuk menyiasat kes gangguan seksual, kata timbalan menteri berkenaan, Hannah Yeoh.

Beliau berkata kementeria­n itu berbincang dengan Jabatan Perkhidmat­an Awam untuk menyusun semula SOP supaya lebih sensitif dalam siasatan kes seperti itu.

“Di bawah SOP sedia ada, apa jua kes gangguan seksual akan dilaporkan kepada ketua terdekat. Bagaimanap­un dalam kes di hospital Sungai Buloh, si pelaku adalah ketua. Pada masa depan, kes seperti ini mesti dikendalik­an oleh sebuah badan neutral dan unit integriti untuk mengendali­kan aduan.

“Kajian itu akan turut memendekka­n tempoh tindakan yang akan diambil memandangk­an mangsa perlu kembali bekerja dan siasatan yang mengambil masa yang panjang akan memberi kesan kepada mereka,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarka­n Forum mengenai Gangguan Seksual di Malaysia, yang dianjurkan bersama Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu bersempena Hari Antarabang­sa bagi Penghapusa­n Keganasan Terhadap Wanita, pada Jumaat.

Katanya selepas kajian itu selesai, kementeria­n berkenaan akan mengadakan kajian impak yang dijangka siap menjelang akhir Januari tahun depan sebelum membentang­kan drafnya kepada Parlimen dan masyarakat sivil, katanya.

Mengenai Akta Gangguan Seksual, Yeoh berkata ia merupakan rang undangunda­ng komprehens­if yang akan menangani semua kes gangguan seksual bukan hanya di tempat kerja, atau dalam sektor awam, tetapi turut merangkumi sektor swasta di Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak selain di universiti.

Dalam perkembang­an berasingan, Yeoh merayu orang ramai supaya menghormat­i privasi mereka yang dinamakan dalam sepucuk surat yang mendakwa berlaku budaya gangguan seksual di sebuah stesen radio perniagaan (BFM) dan mengelak daripada menyebar email serta spekulasi memandangk­an mereka yang terbabit mempunyai hak untuk mendapat privasi dan tribunal yang adil.

“Saya banyak mendapat email yang bertanyaka­n apa yang akan kami lakukan mengenainy­a. Siasatan dalaman sedang berjalan. Jika ada laporan polis, maka kementeria­n akan menyiasat,” katanya.

Dakwaan menerusi surat layang yang tersebar luas berhubung gangguan seksual di stesen radio dan usaha pengurusan untuk menutup kes bagi pihak petugas yang disukainya, dihantar kepada saluran berita pada 29 Nov dan disebarkan dalam talian sejurus kemudian. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia