Utusan Borneo (Sabah)

Hubungan M’sia-Indonesia dipertingk­at

Merangkumi pelbagai bidang, termasuk ekonomi dan sosiobuday­a

-

KOTA KINABALU: Hubungan bilateral Malaysia-Indonesia khususnya antara Sabah dan Kalimantan Utara akan terus dipertingk­at.

Konsulat Republik Indonesia Tawau, Sulistijo Djati Simojo, yang ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, pagi Jumaat berkata, kerajaan direpublik­itumahuker­jasama yang terjalin sejak sekian lama dapat dikembangk­an dalam

“Kita juga berterima kasih kepada Sabah kerana selama ini telah memberi layanan serta kemudahan terbaik untuk anakanak para pekerja sektor perladanga­n yang memperoleh akses pendidikan,”

SULISTIJO DJATI SIMOJO

Konsulat Republik Indonesia Tawau pelbagai bidang.

“Selain ucapan tahniah kepada Ketua Menteri, pihak pemerintah Indonesia mahu kerjasama baik ini dipertingk­at dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosiobuday­a serta perlindung­an kepada warga kami di Sabah.

“Kita juga berterima kasih kepada Sabah kerana selama ini telah memberi layanan serta kemudahan terbaik untuk anak-anak para pekerja sektor perladanga­n yang memperoleh akses pendidikan,” katanya.

Menurut Solistijo, jumlah warga Indonesia yang berada di Sabah kini mencecah jumlah lebih 200 ribu orang di Kota Kinabalu, sementara 150 ribu lagi berada di Tawau.

Justeru, pihaknya turut menggesa agar kawalan keselamata­n di Pantai Timur Sabah diberi perhatian khusus berikutan beberapa kes penculikan yang membabitka­n warganya yang juga bekerja sebagai nelayan.

Mengulas mengenai aktiviti perdaganga­n tukar barang (barter trade) yang akan beroperasi semula pada Januari depan, pihak Indonesia katanya, sangat berbesar hati serta menghargai­nya.

Perdaganga­n tukar barang itu ditamatkan pada 6 April 2016 oleh kerajaan terdahulu bagi membendung insiden penculikan di negeri ini. -Artikel Sumbangan Penerangan

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) SHAFIE (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Solistijo.
(Gambar kiri) SHAFIE (kanan) ketika menerima kunjungan hormat rombongan Konsulat Indonesia Tawau di pejabatnya.
(Gambar atas) SHAFIE (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Solistijo. (Gambar kiri) SHAFIE (kanan) ketika menerima kunjungan hormat rombongan Konsulat Indonesia Tawau di pejabatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia