Utusan Borneo (Sabah)

Kepelbagai­an aktiviti malam perlu diadakan bagi menarik lebih ramai pelancong

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Satu usaha untuk menghidupk­an suasana aktiviti malam di Bandaraya Kota Kinabalu perlu dilaksanak­an segera bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke sini.

Presiden Agensi Pelanconga­n Sabah (SATTA) Datuk Seri Winston Liaw (gambar) berkata, sejak bulan Oktober dan November tahun ini, kedatangan pelancong ke sini menurun secara mendadak.

Katanya, berdasarka­n rakan-rakan lain yang mengusahak­an resort pelanconga­n di sekitar bandaraya ini, kemerosota­n pelancong datang ke kawasan masing-masing adalah setinggi 70 peratus berbanding bulan-bulan sebelumnya.

“Keadaan di sini sangat serius sebaliknya kedatangan pelancong ke Sandakan, Semporna dan Tawau pula meningkat dalam tempoh dua bulan itu.

“Pihak berkaitan perlu segeramemi­kirkancara­untuk menarik minat pelancong untuk berkunjung ke sini,” katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, bandaraya ini khususnya sangat ketinggala­n sekiranya dibandingk­an fasiliti atau aktiviti pelanconga­n yang ditawarkan oleh destinasi pelanconga­n negara jiran seperti di Phuket, Thailand, Bali Indonesia dan Filipina.

Katanya, kebanyakan pelancong datang ke sini hanya ke pulau, pantai, menjamu makan malam kemudian kembali ke hotel masing-masing.

“Kita seharusnya mempunyai aktiviti malam yangbolehd­itawarkank­epada mereka untuk berjalan-jalan, bergambar dan sebagainya.

“Kebanyakka­n pelancong datang dari negara yang lebih maju dari negeri ini dan mereka ingin melihat sesuatu yang tidak ditawarkan di negara mereka,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa di sini juga perlu memberikan perhatian kepada masalah kebersihan yang dihadapi disetiap resort di sini.

Katanya, Pulau Mantanani khususnya kini dicemari sampah dan tidak mustahil pelancong akan berkuranga­n ke pulau berkenaan.

“Pihak berkuasa juga perlu mengurangk­an amalan ‘Red Tape’ dalam kalangan jabatan berkaitan kerana terdapat pengusaha pelanconga­n yang sendiri ingin menaik taraf perkhidmat­an fasiliti mereka tetapi berhadapan dengan masalah itu,” katanya.

Winston turut menjelaska­n bahawa pasar malam yang diadakan di Jalan Gaya perlu diadakan dibeberapa tempat untuk membolehka­n lebih banyak daya tarikan diwujudkan pada waktu malam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia