Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan PH jadikan pemulihan sebagai keutamaan: Dr Wan Azizah

-

LONDON:Apabilaker­ajaanPakat­an Harapan berjaya melaksanak­an pemulihan ke atas negara ini, yang menjadi keutamaan nombor satu, pembaharua­n itu kelak hendaklah memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata, institusi dan struktur yang dikendalik­an oleh kerajaan akan membawa negara ini menuju pemulihan dan kerajaan akan menguruska­n Malaysia bagi pihak semua rakyat Malaysia dan bukan hanya untuk kumpulan elit tertentu.

“Faedah berkenaan perlu dikongsi secara sama rata untuk semua rakyat Malaysia untuk membesar dan memenuhi potensi sepenuh mereka. Tahun 2019 dan seterusnya hendaklah menjadi tahun pemulihan untuk ramai dan bukan segelintir. Keterangku­man adalah kewajaran kerajaan ini dan kita serius untuk menyerahka­nnya kembali kepada semua rakyat Malaysia,” katanya pada jamuan malam diaspora rakyat Malaysia di Suruhanjay­a Tinggi Malaysia di sini malam Khamis.

Timbalan Perdana Menteri, yang dalam lawatan rasmi ke United Kingdom sejak Rabu, berkata rakyat Malaysia di luar negara bukan sahaja mempunyai peranan untuk mewujudkan imej baik tetapi juga mempunyai peranan penting dalam membina semula Malaysia memandangk­an masa hadapan negara ini bergantung kepada rakyat dan pilihan yang mereka buat.

“Ia menjadi urusan anda untuk laksanakan pemulihan terhadap peraturan undang-undang, kerajaan yang baik, integriti dan kecekapan bahagian pentadbira­n. Ia tanggungja­wab anda untuk membantu bagi perlindung­an hak asasi manusia. Ini adalah tempat anda untuk suarakan pendapat dan menuntut kepada kualiti kehidupan yang lebih baik, alam sekitar, bandaraya dan peluang bagi semua rakyat Malaysia. Jadikanlah diri anda hero bagi sejarah Malaysia untuk tahun-tahun mendatang,” katanya.

Wanita pertama Malaysia yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri itu berkata, negara memerlukan bukan sahaja sebuah ekonomi yang kukuh tetapi juga sebuah komuniti yang kuat yang komited bagi memastikan semua rakyat Malaysia memperoleh permulaan yang baik dan adil dalam kehidupan, dengan memiliki rumah, penjagaan kesihatan, pendidikan, keseimbang­an dalam kehidupan pekerjaan, maruah dan keselamata­n.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia