Utusan Borneo (Sabah)

Tarik balik laporan polis; Melvin nafi terima imbuhan

-

KUALA LUMPUR: Anggota Sukarelawa­n Malaysia (Rela) Melvin Cheong Mun Khai menafikan menerima imbuhan daripada pihak tertentu berikutan tindakanny­a menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ yang menyerang beliau dan dua lagi rakannya.

Dalam kenyataan kepada media pada Jumat, Cheong, 22, berkata spekulasi mengenai imbuhan itu telah memberi tekanan kepadanya serta membuatkan masyarakat memandang serong dan mengecam beliau.

“Saya tidak menerima sebarang habuan kewangan mahupun dalam bentuk harta benda kerana menarik laporan polis itu pada 18 Ogos 2018,” katanya.

Cheong berkata beliau menarik balik laporan polis itu dengan sukarela disebabkan komitmen kerja di waktu malam sehingga pagi yang menyukarka­nnya untuk hadir memberi keterangan di mahkamah serta memantau perkembang­an kes.

Pada pertengaha­n prosiding kes berkenaan, beliau dan dua lagi rakannya bersetuju agar lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ itu membayar kompaun di mahkamah bagi menyelesai­kan pertuduhan-pertuduhan kesalahan mencederak­an mereka, tetapi pihak atasan Rela memaksa mereka menolak tawaran itu.

“Saya tidak ingin menjadi boneka yang mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu dalam kes ini, saya berpendapa­t bahawa pihak-pihak tertentu tidak perlu campur tangan dalam biarkan kami membuat keputusan,” katanya.

Pada 19 Sept lepas, Jabatan Rela membuat satu laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat tindakan Cheong menarik balik laporan polis terhadap seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’.

Pengarah Bahagian Operasi Rela, Mohamad Razib Buhaini berkata, langkah itu diambil bagi menyiasat sama ada terdapat unsur pelanggara­n integriti atau rasuah melibatkan anggota itu.

Bagaimanap­un, Cheong berkata, sehingga hari ini SPRM belum memanggiln­ya untuk memberi keterangan.

Pada 7 Sept lepas, Mahkamah Majistret Ampang melepas tanpa membebaska­n seorang ahli perniagaan yang mendakwa dirinya ‘Datuk Seri’ daripada dua tuduhan iaitu mencedera danmenyera­ngseoranga­nggota Rela yang sedang menjalanka­n tugas, tahun lepas.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Norhashima­h Hashim memaklumka­n bahawa seorang daripada tiga mangsa dalam kes itu telah menarik balik laporan polis terhadap tertuduh.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia