Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan komited bantu usahawan

Untuk majukan perniagaan diceburi, kata Shafie

- Memalu gong sebagai gimik perasmian majlis. -

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri komited membantu usahawan tempatan untuk memajukan perniagaan menerusi pinjaman yang diuruskan oleh Kementeria­n Kewangan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kemudahan tersebut telah disebut dalam Belanjawan 2019 bagi menggalakk­an golongan usahawan muda serta luar bandar menceburi bidang perniagaan.

“Dalam Bajet 2019, kita ada sediakan peruntukan kepada usahawan untuk membolehka­n mereka mendapat pinjaman yang diuruskan oleh Kementeria­n Kewangan.

“Ini merupakan langkah awal bagi membolehka­n usahawan khususnya di luar bandar, anak-anak muda serta usahawan muda untuk berkecimpu­ng dalam dunia perniagaan dan saya yakin ini ada hubung kait dengan Industri Perusahaan Kecil dan Sederhana.

“Kita tidak boleh bagi bantuan kepada mereka yang berniaga hari ini dan esoknya dia tutup kedai, oleh yang demikian kita akan memberi bantuan berdasarka­n rekod yang kita ada,” ujarnya semasa ditemui media pada Majlis Perasmian Pameran dan Jualan Produk Tempatan Sabah pada Isnin.

Shafie yang juga Menteri Kewangan turut menjelaska­n, bantuan yang diberikan dapat memberi galakkan dan dorongan kepada usahawan untuk konsisten dalam dunia perniagaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sabah Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata pelaksanaa­n e-Dagang akan membolehka­n pembanguna­n Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) di negeri ini.

“Lebih banyak program pembanguna­n ekonomi digital akan dilaksanak­an oleh kementeria­ninibersam­a-sama Malaysia Digital Economy Corporatio­n Sdn Bhd (MDEC) pada tahun depan.

“Saya berharap usahawanus­ahawan Sabah tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk mengembang­kan pemasaran produk melalui alam maya.

“Kementeria­n saya juga akan mengeluark­an satu label bagi produk-produk Sabah yang mencapai suatu ‘standard’ yang tertentu.

“Dengan label ini kita akan mengetahui bahawa produk tersebut merupakan produk yang dikeluarka­n dari Sabah dan mempunyai kualiti yang tinggi,” katanya dalam teks ucapan yang disampaika­n oleh Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian, Chong Chen Bin.

Pada majlis itu, Sekolah Menengah St Micheal, Penampang dinobat sebagai penerima Anugerah Kreatif dan Inovasi Program Tunas Niaga (Protune) manakala Martin Tazani Talani John dan Mawarliza Aliurah diiktiraf sebagai penerima Anugerah Pembayaran Pinjaman Terbaik dan turut disampaika­n sijil kepada penerima Program Transforma­si Usahawan Sabah (TRUS) 2018 di bawah kementeria­n terbabit.

Turut berlangsun­g, penyerahan dana di bawah program Fraunhofer kepada 12 penerima dan kunci rumah kedai kepada tujuh penerima oleh Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (Sedco).

Pameran yang bermula pada Khamis hingga Ahad ini di Kompleks Karamunsin­g, menghimpun­kan 240 usahawan tempatan merangkumi usahawan makanan, kraftangan, komestik dan produk kesihatan.

Hadir sama adalah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk June Wong. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Hashim Paijan dan Major Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai. -

(dua dari kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang penerima dana program Fraunhofer.

 ??  ?? SHAFIE
SHAFIE
 ??  ?? SHAFIE
SHAFIE
 ??  ?? SHAFIE
SHAFIE
 ??  ?? SHAFIE (kiri) bertanyaka­n sesuatu kepada salah seorang usahawan pada pameran berkenaan.
SHAFIE (kiri) bertanyaka­n sesuatu kepada salah seorang usahawan pada pameran berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia