Utusan Borneo (Sabah)

32 ibu tumpang Kemboja dibebas dengan ikat jamin

-

PHNOM PENH: Lebih 30 wanita Kemboja yang dibayar untuk membawa bayi dalam kandungan mereka bagi pelanggan dari China telah dibebaskan dengan ikat jamin selepas mereka bersetuju untuk menyimpan bayi-bayi tersebut, kata pegawai kelmarin, selepas negara itu memperketa­tkan kawalan ke atas perdaganga­n ibu tumpang yang lumayan namun menyalahi undang-undang.

Wanita-wanita tersebut didakwa atas tuduhan memperdaga­ngkan manusia selepas mereka dibongkar pada Jun lalu dalam satu serbuan ke atas sebuah perniagaan ibu tumpang di ibu negara Phnom Penh, yang terbaharu dalam siri tangkapan yang menyasari amalan tersebut.

Kemboja melarang kegiatan ibu tumpang pada 2016 dalam usaha untuk mencegahny­a daripada merebak di negara membangun itu selepas negara jiran Thailand menamatkan perdaganga­n itu pada tahun sebelum itu.

Namun tindakan China yang melonggark­an dasar seorang anak menyaksika­n permintaan bagi klinik kesuburan meningkat dan pasar bayangan di Kemboja terus menawarkan khidmat walaupun pihak berkuasa cuba membantera­snya.

Setiausaha Agung Jawatankua­sa Anti-Pemerdagan­gan Kebangsaan, Pon Samkhan, memberitah­u AFP kelmarin bahawa 32 wanita dibebaskan dengan ikat jamin pada minggu ini, selepas 17 yang terakhir dibebaskan kelmarin.

Beliau berkata wanitawani­ta itu – kebanyakan­nya kini mengandung – bersetuju “untuk tidak menyerahka­n bayi-bayi mereka” sebelum mereka dibebaskan dengan ikat jamin.

Seorang pegawai kanan polis di Jawatankua­sa Anti-Pemerdagan­gan mengesah-kan pembebasan mereka dan berkata ia dibuat atas “dasar kemanusiaa­n”.

“Mereka bersetuju untuk tidak menjual bayi-bayi itu dan akan membesarka­n mereka,” kata sumber itu, yang menambah jika mereka melanggar perjanjian, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya selama 15 tahun.

Kes itu turut menyaksika­n lima orang, termasuk seorang warga China, ditangkap dan didakwa atas tuduhan menjalanka­n pemerdagan­gan manusia.

Pada bulan lepas, 18 orang lagi di Kemboja – termasuk 11 yang didakwa ibu tumpang – didakwa atas tuduhan terbabit dalam perniagaan ibu tumpang yang menyalahi undangunda­ng. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia