Utusan Borneo (Sabah)

Pejabat CNN di NY terima ancaman bom

Bagaimanap­un polis tidak temui bahan letupan selepas evakuasi kakitangan

-

“Insiden selama kira-kira 90 minit itu mengimbas semula satu arahan pe-ngosongan yang sama pada Oktober lepas selepas satu bahan letupan ditemui di ibu pejabat CNN di New York.”

NEW YORK: Pejabat CNN di New York (NY) dikosongka­n pada malam kelmarin selepas menerima ancaman bom, namun tiada bahan letupan yang ditemui dan polis kemudian mengumumka­n keadaan adalah selamat, lapor rangkaian tersebut.

Insiden selama kira-kira 90 minit itu mengimbas semula satu arahan pengosonga­n yang sama pada Oktober lepas selepas satu bahan letupan ditemui di ibu pejabat CNN di New York.

Loceng kecemasan kebakaran telah kedengaran di dalam bilik berita yang menandakan arahan pengosonga­n sejurus selepas jam 10.30 malam waktu tempatan, kata CNN dalam laman sesawangny­a, ketika rangkaian tersebut sedang merakam semula rancangan.

Sejam kemudian rangkaian tersebut telah disiarkan dari Skype.

“Orang ramai yang memasang tertanya-tanya kenapa anda melihat saya dalam Skype, kenapa terdapat masalah teknikal sebegitu, ia kerana kami tidak ke udara disebabkan oleh ancaman bom yang ditujukan kepada CNN,” kata pengacara Don Lemon.

“Kami telah diarahkan keluar dan kami juga mengetahui setakat yang anda ketahui.”

“Disebabkan oleh pemeriksaa­n polis di Columbus Circle, West 58th Street di antara 8th dan 9th Avenue telah ditutup kepada kenderaan dan kegunaan pejalan kaki,” kata Jabatan Polis New York dalam Twitter, merujuk kepada alamat bagi pejabatpej­abat untuk organisasi berita. “Tolong jauhi kawasan ini. Sebarang perkembang­an akan dimaklumka­n.”

Sekitar waktu tengah malam, CNN berkata pihak polis telah memberi kebenaran kepada kakitangan­nya agar kembali semula ke dalam bangunan.

Biro tersebut telah dikosongka­n sebelum ini pada Oktober selepas sebuah bungkusan dengan bahan letupan ditemui.

CNN disasarkan di sebalik satu gelombang bom paip yang dihantar kepada penentang Presiden Donald Trump.

Seorang lelaki Florida bernama Cesar Sayoc telah ditangkap kerana disyaki menghantar­nya dan disabitkan atas 30 tuduhan persekutua­n. Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup sekiranya didapati bersalah. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? ANCAMAN BOM: Anggota polis berdiri berhampira­n Time Warner Center Building selepas bangunan itu dikosongka­n ekoran ancaman bom, dalam bandar Manhattan di New York kelmarin.
— Gambar Reuters ANCAMAN BOM: Anggota polis berdiri berhampira­n Time Warner Center Building selepas bangunan itu dikosongka­n ekoran ancaman bom, dalam bandar Manhattan di New York kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia