Utusan Borneo (Sabah)

Karamunich FC juara Piala KBMU

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KOTA KINABALU : Pasukan Karamunich FC muncul juara pertanding­an bola sepak Piala Kelab Belia Maju Usaha (KBMU) 9-sebelah yang diadakan di Padang Pekan Menggatal baru-baru ini.

Dengan kemenangan itu, Karamunich FC membawa pulang wang tunai RM1,200, Piala KBMU dan medal kejohanan.

Naib juara diraih IN6 CITY manakala pasukan BY FC dan Lundous FC berkongsi tempat ketiga.

Acara penyampian hadiah juara pertanding­an disempurna­kan oleh Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­an Sabah Albert Bingkasan.

Penyampaia­n hadiah naib juara dan tempat ketiga pula masing-masing dilakukan presiden Persatuan Kelab Penyokong Manchester United Sabah (BMU) dan KBMU Ninewjo Newmond dan Dennis Matulin selaku Timbalan Penganjur Kejohanan KBMU itu.

Berucap pada majlis itu, Albert berkata sambutan hebat yang diberikan oleh lebih 40 pasukan bolasepak dari sekitar Kota Kinabalu menunjukka­n kejayaan dan keaktifan KBMU/ BMU Sabah dalam membantu mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak.

Beliau juga beharap agar KBMU/BMU Sabah dapat terus menganjurk­an program sukan seumpama itu pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja dapat menggalakk­an masyarakat untuk bersukan dan mengamal gaya hidup sihat tetapi juga dapat mengeratka­n silaturahi­m di kalangan peserta pertanding­an

Sementara itu, Ninewjo berkata keputusan kalah dan menang dalam apa juga acara sukan merupakan adat pertanding­an, dan pertanding­an kali ini lebih kepada penerapan nilai-nilai semangat setia kawan dalam pasukan, kerjasama dan kegigihan setiap pemain yang hadir.

 ??  ?? ALBERT Bingkasan dan Ninewjo bergambar bersama para pemenang pertanding­an Bola Sepak Piala KBMU di Padang Menggatal.
ALBERT Bingkasan dan Ninewjo bergambar bersama para pemenang pertanding­an Bola Sepak Piala KBMU di Padang Menggatal.
 ??  ?? JUARA Bola Sepak Piala KBMU, Karamunich FC .
JUARA Bola Sepak Piala KBMU, Karamunich FC .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia