Utusan Borneo (Sabah)

Keningau sudah sedia

Untuk perasmian, perlawanan Piala Sumbangsih Kejohanan Liga Bola Sepak KDMM 2018- 2019 hari ini

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KENINGAU: Segalanya sudah sedia untuk perasmian dan perlawanan Piala Sumbangsih Kejohanan Liga Bola Sepak KDMM 20182019 di Stadium Keningau hari ini.

“Semua persiapan seperti yang dirancang. Kita hanya menanti perlaksana­annya.

“Semua hadiah juga sudah sampai di sini (Stadium Keningau) termasuk untuk cabutantik­et bertuah iaitu empat buah motosikal, 20 basikal dan 50 hamper,” kata pengerusi penganjur bersama Henry Saimpon.

Beliau berkata demikian ketikadite­muisemasam­embuat pemeriksaa­n terakhir venue pada Jumaat.

Perasmian dan perlawanan Piala Sumbanggsi­h antara Keningau dan Papar dijadualka­n pada jam 4.00 petang tetapi beberapa acara sampingan bermula seawal jam 8.00 pagi.

Antara acara awal adalah karnival bola sepak tujuh sebelah melibatkan semua pasukan yang mengambil bahagian kejohanan Liga KDMM kecuali Keningau dan Papar.

“Sesi pertama cabutan tiket bertuah juga akan dijalankan sehingga jam 3.00 petang

manakala sesi kedua semasa perasmian.

“Orang ramai dialualuka­n datang. Masuk adalah percuma dan tiket bertuah juga percuma. Pendaftara­n untuk mendapatka­n tiket bertuah bermula jam 8.00 pagi,” katanya.

Henry berkata, orang ramai juga dialu-alukan menjayakan kempen derma darah yang turut bermula dari pagi. “Ada pemeriksaa­n kesihatan percuma juga,” katanya

Kejohanan akan dirasmikan Menteri Belia Dan Sukan Datuk Frankie Poon yang juga pengerusi penganjur bersama.

Turut bersama ialah Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony yang juga Presiden KDM Malaysia.

Kejohanany­angmenawar­kan hadiah wang tunai keseluruha­n lebih RM300,000 adalah anjuran KDM Malaysia dengan kerjasama Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah.

 ??  ?? HENRY (kiri) dan Ahli Jawatankua­sa Penganjur Liga KDMM, Mohd Zinin (dua dari kiri), Mudi Dubing (dua dari kanan) dan Andrew Majanggim (kanan) bersama motosikal untuk cabutan tiket bertuah.
HENRY (kiri) dan Ahli Jawatankua­sa Penganjur Liga KDMM, Mohd Zinin (dua dari kiri), Mudi Dubing (dua dari kanan) dan Andrew Majanggim (kanan) bersama motosikal untuk cabutan tiket bertuah.
 ??  ?? HENRY (dua dari kiri) memberi taklimat terakhir kepada wakil pasukan dan ahji jawatankua­sa penganjur.
HENRY (dua dari kiri) memberi taklimat terakhir kepada wakil pasukan dan ahji jawatankua­sa penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia