Utusan Borneo (Sabah)

Klopp harap Chelsea yang hadapi kemerosota­n prestasi dapat kekang City

-

LONDON: Jurgen Klopp pasti berharap Chelsea dapat mengekang Manchester City dalam cabaran merebut kejuaraan pada hujung minggu ini untuk mengimbang­i cita-citanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan perlawanan penentuan menentang Napoli dalam Liga Juara-Juara.

Liverpool yang belum tewas masih bertahan dalam perebutan kejuaraan – dengan menjaringk­an gol dalam masa tambahan ketika menentang Everton pada minggu lepas dan bangkit selepas ketinggala­n satu gol untuk menewaskan Burnley pada Rabu lepas untuk naik hanya dua mata di belakang City.

Dalam jadual perlawanan lain, semua tumpuan akan sekali lagi diberikan kepada siri seterusnya dalam drama di Old Trafford, di mana Manchester United (MU) yang tidak menentu menerima kunjungan kelab tercorot Fulham.

Tottenham – yang belum lagi mencatatka­n satu pun keputusan seri dalam EPL pada musim ini – akan bermain di Leicester. Arsenal pula berentap dengan kelab kerdil Huddersfie­ld.

AFP Sports memilih beberapa perkara perbincang­an utama sebelum perlawanan berlangsun­g pada hujung minggu ini dalam EPL. Chelsea tidak tewas dalam 12 perlawanan pertama mereka dalam EPL, dengan azam untuk terus mencabar Manchester City dan Liverpool.

Namun jika mereka tewas kepada pendahulu liga bimbingan Pep Guardiola di Stamford Bridge pada malam ini (Sabtu), mereka akan melihat jurang 13 mata yang luas – dan ia akan menjadi kekalahan ketiga mereka dalam empat perlawanan liga.

Pemain pertahanan Chelsea, Marcos Alonso, telah menggesa rakan sepasukann­ya untuk melupakan jurang itu, yang sudah pun kelihatan begitu besar sekali.

“Jika kami tewas, kami akan berada 13 mata dari tempat teratas dan itu adalah mata yang banyak tetapi kami perlu berfikir, bersiap sedia dengan baik bagi perlawanan itu dan tidak memberi perhatian kepada carta liga buat masa sekarang,” katanya. “Ia adalah peluang yang amat baik sekali untuk bangkit semula.” Jose Mourinho sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari penyelesai­an kepada masalah di Old Trafford – tetapi adakah segala cantasan dan perubahan menjadi halangan dan bukannya bantuan?

MU sudah membuat sebanyak 46 perubahan kepada barisan kesebelasa­n utama mereka dalam EPL setakat ini pada musim ini, termasuk tujuh perubahan pada Rabu lepas dalam perlawanan menentang Arsenal – lebih banyak berbanding mana-mana pasukan lain dalam pertanding­an itu.

Bekas pemain pertahanan MU Rio Ferdinand bimbang mengenai perubahan yang kerap berlaku.

“Sesuatu perlu dibuat,” kata Ferdinand dalam peranannya sebagai pengulas untuk BT Sport. “Perkara sama yang kita telah lihat dengan pasukan ini di bawah Mourinho adalah perubahan setiap minggu – perubahan, perubahan, perubahan.

“Itu bukan tanda yang baik bagi saya dari segi pemain dan bagi pasukan kerana kita perlu membentuk perhubunga­n di dalam sesebuah pasukan dan kita tidak dapat berbuat demikian apabila ada cantasan dan perubahan saban minggu.” Jurgen Klopp membuat tujuh perubahan untuk perlawanan pasukannya pada pertengaha­n minggu menentang Burnley – bermula tanpa seorang pun daripada tiga penyerang utama, Sadio Mane, Mohamed Salah dan Roberto Firmino, buat pertama kali sejak September 2017.

Walaupun hampir dikejutkan di Turf Moor, Liverpool menang 3-1 untuk mengutip 39 mata selepas 15 perlawanan – lebih banyak berbanding mana-mana pasukan Anfield dalam sejarah.

Pada Selasa ini, mereka akan menentang Napoli di Anfield dengan prospek bagi penyingkir­an pada peringkat kumpulan dalam Liga Juara-Juar hanya enam bulan sahaja selepas mereka mara ke peringkat akhir – tetapi mulamula mereka mesti melakukan perjalanan ke Bournemout­h.

Chelsea cuba hentikan kemerosota­n

Adakah Mourinho mengenali pasukan terbaiknya?

Adakah Klopp akan membuat perubahan sekali lagi?

Arsenal: pasukan dua separuh masa

Bagi sebuah pasukan yang tidak tewas dalam 20 perlawanan, Arsenal memiliki rekod yang aneh iaitu tidak sekali pun mendahului pada waktu rehat dalam perlawanan EPL pada musim ini.

Rabu lepas juga sama apabila MU menambat mereka untuk mencatatka­n keputusan 1-1 pada waktu rehat.

Namun Arsenal sudah menjaringk­an lebih banyak gol dalam separuh masa kedua berbanding mana-mana pasukan lain – 25 – dan empat mata dalam dua perlawanan terakhir mereka menentang Spurs dan MU membayangk­an Unai Emery sedang menambah kekentalan kepada pasukan yang bermain hambar di bawah Arsene Wenger. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia