Utusan Borneo (Sabah)

Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE)

Kolej SIDMA tawar Diploma Pengurusan Sukan mulai Mac 2019

-

KOTA KINABALU: Kolej SIDMA di sini menawarkan Diploma Pengurusan Sukan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia iaitu satu-satunya pusat pengajian tinggi yang melaksanak­an pengajian seumpama itu di Sabah dan Borneo.

Pengerusi Kolej SIDMA Sabah, Dr. Morni Kambrie berkata pengajian yang diharapkan dapat membantu melonjakka­n pembanguna­n sukan negara itu akan bermula pada Mac 2019.

Menurut beliau, pengajian Diploma Pengurusan Sukan adalah merupakan antara inisiatif Kolej SIDMA bagi menyokong kerajaan Sabah dalam melahirkan atlet yang bukan sahaja cemerlang di dalam bidang sukan, malah mereka juga akan berkelayak­an dari segi akademik.

“Dalam zaman milenial ini, kanak-kanak didapati telah dieksploit­asi dengan gajet dan dunia maya sehingga menjadikan bidang sukan sebenar mula diganti dengan E-sukan.

“Aktiviti luar khasnya acara sukan sudah mula diabaikan menyebabka­n pelapis sukan negara semakin berkuranga­n sedangkan kita masih memerlukan atletatlet untuk mengharumk­an nama Malaysia di mata dunia.

“Ia ditambah dengan sikap ibu bapa masa kini yang tidak memandang sukan sebagai sesuatu yang dapat menjamin masa depan anak-anak mereka. Oleh itu, bidang pengajian pengurusan sukan inidirasak­anamatbers­esuaian dengan masanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatan­gani Perjanjian Persefaham­an dengan Fortis Invistus, iaitu sebuah syarikat yang menjalanka­n latihan pendidikan dan latihan kemahiran sukan di Malaysia.

Program sukan itu dikendalik­an SIDMA Sports Academy di bawah naungan dan pengurusan Kolej SIDMA dengan kerjasama Fortis Invistus.

Turut hadir Azizah Khalid Merican dan Azlina Ngatimin daripada pengurusan SIDMA;KetuaOpera­siFortis Invistus, Azhar Ismail; wakil Institut Perguruan Gaya, Dr. Sukiman Sukardi; dan Ahli Lembaga Pengarah Sukan Sabah, Aliudin Jumaat.

Dr. Morni berkata, melalui pengajian seperti itu juga, beliau berharap atlet-atlet di Sabah tidak akan terabai dari segi pencapaian akademik ketika mereka cemerlang dalam bidang sukan.

“Kita berharap pengajian ini akan memberi peluang kepada mereka melengkapk­an pencapaian diri dengan memiliki diploma dalam pengurusan industri sukan sebagai persediaan selepas bersara sebagai ahli sukan suatu masa nanti.

“Secara tidak langsung, program ini juga membolehka­n atlet-atlet menjadikan sukan sebagai karier sepanjang hayat mereka dan tidak sekadar semasa menjadi atlet di lapangan sahaja,” katanya. KOTA KINABALU: Institut Confusius (CI) telah diluluskan penubuhann­ya di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 13 November 2018 oleh Hanban, iaitu agensi kerajaan China yang mengurus selia Institut Confucius.

Perbincang­an lanjut bersama Hanban tentang perkara ini telah diadakan semasa persidanga­n Institut Confuciusk­e-13yangdiad­akan di Chengdu, China pada 4-5 Disember lepas.

Persidanga­n dihadiri lebih 2000 delegasi dari seluruh dunia, khususnya institusi yang mempunyai Institut Confucius.

Delegasi UMS ke persidanga­n ini diketuai Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk K Y Mustafa. Pelaksanaa­n dan perasmian Institut ini di UMS dijadualka­n pada awal tahun 2019.

Penubuhan Institut Confucius di UMS ini menjadikan UMS institusi pendidikan tinggi ke-3 (IPTA ke-2) di Malaysia yang mempunyai Institut ini dan antara sekitar 510 Institut Confucius di 127 buah negara.

Dua institusi di Malaysia yang mempunyai institut ini ialah Universiti Malaya dan Segi University. Peranan utama Institut ini adalah menyumbang kepada pembelajar­an Bahasa Mandarin dan pertukaran kebudayaan dengan negara China.

Dalam konteks UMS, Institut ini boleh memberi manfaat kepada pelajar UMS dan masyarakat setempat di negeri Sabah. Sebahagian daripada kos operasi Institut ini akan ditanggung oleh pihak Hanban.

UMS mengucapka­n ribuan terima kasih kepada pelbagai pihak di Malaysia mahupun di China atas sokongan dan sumbangan yang diberikan yang akhirnya membawa kepada kejayaan usaha untuk mewujudkan Institut Confucius di UMS.

 ??  ?? SEBAHAGIAN lagi kakitangan hospital yang turut serta menjayakan kempen kesedaran terhadap penyakit Aids dan HIV.
SEBAHAGIAN lagi kakitangan hospital yang turut serta menjayakan kempen kesedaran terhadap penyakit Aids dan HIV.
 ??  ?? PERTUKARAN dokumen perjanjian MoU antara Azizah dan Azhar disaksikan oleh Dr Morni Kambrie, Azlina, Dr Sukiman dan Aliudin.
PERTUKARAN dokumen perjanjian MoU antara Azizah dan Azhar disaksikan oleh Dr Morni Kambrie, Azlina, Dr Sukiman dan Aliudin.
 ??  ?? SESI perbincang­an di antara Hanban dan pihak UMS.
SESI perbincang­an di antara Hanban dan pihak UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia