Utusan Borneo (Sabah)

Demi modal insan Sarawak

Pinjaman terus ditawar kepada pelajar diploma, ijazah yang diterima masuk ke i-CATS: KM

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak menawarkan pinjaman terus kepada pelajar yang mengikuti kursusdiKo­lejAntarab­angsa TeknologiL­anjutanSar­awak (i-CATS).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi Yayasan Sarawak berkata, usaha itu dilakukan memandangk­an modal insan begitu penting untuk membangunk­an ekonomi negeri.

“Saya telah membuat keputusan bahawa setiap pelajar kita yang mengikuti kursus di i-CATS akan diberi pinjaman terus daripada kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak.

“Ini bermakna setiap pelajar kita yang diterima masuk oleh i-CATS untuk kursus di peringkat diploma dan peringkat ijazah, Yayasan Sarawak akan memberikan pinjaman terus kepada mereka untuk meneruskan pengajian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesye­n Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS)/i-CATS Ke-21 yang dihadiri Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin dan Pengerusi PPKS merangkap Presiden i-CATS Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, pada Khamis.

Tambah Abang Johari, dengan demikian ia memudahkan para pelajar mendapatka­n tajaan atau pinjaman bagi meneruskan pengajian mereka.

“Dalam erti kata lain, anda tidak perlu susah payah memohon tajaan. Sebaik sahaja anda diterima ke i-CATS, kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak akan memberi anda (pelajar) pinjaman terus,” katanya.

Sementara itu, beliau menggesa anak muda khasnya graduan di negeri ini agar memperting­katkan penguasaan bahasa Inggeris kerana ia amat penting.

Abang Johari berkata, diakui bahawa bahasa Melayu DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri merupakan bahasa rasmi negara dan ia terkandung dalam Perkara 152 Perlembaga­an Persekutua­n.

“Namun penguasaan bahasa lain selain daripada bahasa Melayu turut menjadi aspek utama dalam membolehka­n seseorang graduan mempunyai kadar kebolehpas­aran yang tinggi.

“Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa kepada peradaban ilmu seperti sains, perubatan malah sekarang menjadi bahasa perantara bagi ekonomi digital dan Revolusi Industri 4.0.

“Selaras dengan ini, para graduan seharusnya menguasai bahasa Inggeris bagi menghadapi peredaran masa dan keperluan pekerjaan sekarang,” tegasnya.

Tambahnya, para graduan seboleh-bolehnya tidak berasa kekok apabila perlu berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris dalam aktivitiak­tiviti tertentu, termasuk mengikuti kursus mahupun seminar di peringkat antarabang­sa berkaitan dengan kerjaya mereka.

Sementara itu Abdul Aziz dalam ucapannya berkata, dalam era kini iaitu Revolusi Indudtri4.0,aplikasite­knologi digital dalam semua sektor termasuk pendidikan teknikal turut diberi keutamaan.

Katanya, PPKS perlu menerima Industri 4.0 agar PPKS terus relevan kepada pelajar dan industri khsusnya.

“PPKS perlu menghasilk­an Graduan Kalis Masa Depan (Future Proof Graduates) Industri 4.0 menjelang 2030.

“Bermula pada 2017, PPKS yang berperanan sebagai Pusat Kecemerlan­gan Dalam Teknologi Maklumat (CoET) giat menawarkan kursuskurs­us berpaksika­n kepada pihak industri di Sarawak,” katanya.

“Saya telah membuat keputusan bahawa setiap pelajar kita yang mengikuti kursus di i-CATS akan diberi pinjaman terus daripada kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak.Ini bermakna setiap pelajar kita yang diterima masuk oleh i-CATS untuk kursus di peringkat diploma dan peringkat ijazah, Yayasan Sarawak akan memberikan pinjaman terus kepada mereka untuk meneruskan pengajian, ”

 ??  ?? ABANG JOHARI menyampaik­an skrol kepada graduan PPKS/i-CATS yang menerima sijil dan diploma pada Majlis Konvokesye­n PPKS/i-CATS Ke-21 di BCCK. Turut kelihatan Abdul Aziz (kiri).
ABANG JOHARI menyampaik­an skrol kepada graduan PPKS/i-CATS yang menerima sijil dan diploma pada Majlis Konvokesye­n PPKS/i-CATS Ke-21 di BCCK. Turut kelihatan Abdul Aziz (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia