Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak rancang wujud lebih banyak taman negara

-

KUCHING: Sarawak merancang mewujudkan lebih banyak taman negara bagi memenuhi kehendak pelancong ke negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kekayaan semula jadi merupakan aset penting untuk menjana industri pelanconga­n tempatan.

Justeru katanya, pelbagai usaha dilakukan oleh Kerajaan Sarawak termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

“Kita melihat industri hospitalit­i dan pelanconga­n memainkan peranan penting dalam menarik kehadiran pelancong di mana tahun lalu Sarawak berjaya menarik kedatangan 4.86 juta pelancong.

“Kebanyakan pelancong ini adalah mereka yang sukakan alam semula jadi serta gemar dengan aktiviti menjelajah alam sekitar yang menjadi tumpuan utama negeri ini.

“Melihat kepada faktor inilah, maka kita memberi tumpuan kepada usaha untuk mewujudkan lebih banyak taman negara di Sarawak sebagai tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara selain melindungi alam sekitar,” katanya sambil menjangkak­an seramai 5.25 juta pelancong akan berkunjung ke Sarawak pada tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Fokus QS Subjek Untuk Industri Hospitalit­i dan Pelanconga­n dengan tema ‘The Way Forward: Hospitalit­y and Tourism Education Convergenc­e with Industry 4.0’ di sebuah hotel di sini, malam Rabu.

Pada majlis itu, Abang Johari turut melancarka­n UCSI Sarawak sebagai Pusat Kepakaran Serantau (RCE) Kuching oleh Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memperjuan­gkan enam inisiatif di bawah Matlamat Pembanguna­n Lestari Negara Bersatu (SDGS) merangkumi Pendidikan Berkualiti, Pembersiha­n Air dan Sanitasi, Bandar dan Komuniti Lestari serta Kehidupan Di Darat.

Bercakap mengenai persidanga­n itu dan UCSI Sarawak diiktiraf sebagai RCE Kuching, Abang Johari menyifatka­n ia merupakan peristiwa bersejarah untuk universiti terbabit.

“Malah, saya juga ingin mengucapka­n tahniah kepada UCSI kerana menjadi 10 universiti terbaik di Malaysia dalam latihan QS World University Rankings 2019,” katanya.

Menjadi sebuah institusi yang bereputasi sebagai tempat persidanga­n selama tiga hari, Abang Johari melahirkan keyakinan bahawa ia akan menjadi platform terbaik untuk membincang dan menyelidik­i lebih jauh ke arah mengukuhka­n sektor hospitalit­i dan pelanconga­n.

Sementara itu, Naib Canselor dan Presiden UCSI University Profesor Kanan Datuk Dr Khalid Yusoff berkata, seramai 20 penceramah daripada industri berkaitan mengambil bahagian pada sidang kemuncak tersebut.

Menurutnya, sidang kemuncak itu bertujuan mendapatka­n pandangan dan idea serta mengemas kini diri dengan amalan terbaik mereka.

“Olehitu,sayapercay­apersidang­an ini akan memberi banyak manfaat kepada industri-industri berkaitan terutama dari negeri ini untuk meningkatk­an sektor hospitalit­i dan pelanconga­n mereka,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 300 perwakilan dari seluruh dunia menyertai sidang kemuncak itu yang bermula dari 5 hingga 7 Disember ini.

 ??  ??
 ??  ?? ABANG Johari memukul gong sebagai simbolik perasmian Sidang Kemuncak Fokus QS Subjek Untuk Industri Hospitalit­i dan Pelanconga­n malam kelmarin. Turut kelihatan (dari kiri) Dr Khalid, Dr Peter dan Mandy.
ABANG Johari memukul gong sebagai simbolik perasmian Sidang Kemuncak Fokus QS Subjek Untuk Industri Hospitalit­i dan Pelanconga­n malam kelmarin. Turut kelihatan (dari kiri) Dr Khalid, Dr Peter dan Mandy.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia