Utusan Borneo (Sabah)

Manyin nafi dakwaan dilemparka­n Dr Kelvin Yii terhadap dirinya

-

KUCHING: Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin menafikan dakwaan yang dilemparka­n Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii terhadap dirinya.

Manyin menegaskan dakwaan Dr Kelvin mengatakan bahawa dirinya (Manyin) berbohong dalam mendapatka­n persetujua­n daripada Kementeria­n Pendidikan bagi Sarawak melaksanak­an projek menghubung­kan bekalan elektrik menerusi grid elektrik negeri ke 113 sekolah dan menyambung paip utama kepada 33 sekolah.

“Demi menjaga kebajikan dan kesejahter­aan pelajar dan guru di sekolah ini, kerajaan negeri telah menawarkan untuk melaksana projek ini dengan kos sebanyak RM59 juta menggunaka­n dana sendiri walaupun ia adalah tanggungja­wab kerajaan persekutua­n.

“Seperti yang dilaporkan berita portal tempatan pada 26 November 2018 dan akhbar tempatan pada 27 November 2018, Kelvin telah menuduh saya berbohong dengan mendakwa bahawa kementeria­n persekutua­n masih belum membalas surat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau menjelaska­n, pada sidang media pada November lalu di Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau telah memaklumka­n kepada media bahawa Kementeria­n Pendidikan telah memberi maklum balas terhadap suratnya pada 24 Oktober lalu dalam meminta penjelasan tentang tawaran kerajaan negeri itu.

“Dan saya menjawab surat maklum balas ini pada 30 Oktober lalu dan perkara ini telah dijelaskan dalam akhbar tempatan pada sidang media pada 14 November lalu,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia