Utusan Borneo (Sabah)

Jerayawara jam tangan mesra alam Citizen hingga 9 Dis

Pameran jam tangan pertama yang menyokong usaha mesra alam

-

SIBU: Jerayawara jam tangan mesra alam jenama Citizen 2018 (Citizen EcoTour 2018) bersempena ulang tahun ke-100, kini sedang berlangsun­g di lobi Wisma Sanyan, Sibu dari 6 hingga 9 Disember.

Citizen Eco-Tour 2018 merupakan pameran jam tangan pertama yang menyokong usaha mesra alam di Malaysia.

Menurut Pengurus Besar The Watch Guild Sdn Bhd Zentrix Chiu, Eco-Tour di Sibu adalah lokasi ketiga selepas yang pertama di Pulau Pinang dan kedua di Kedah.

“Kita telah bermula di Pulau Pinang pada 22 November lalu, selepas itu kita ke Kedah dan lokasi ketiga ialah di Sibu, sebelum berakhir di Sabah.

“Di Sibu, Eco-Tour kita usahakan bersama dengan Swee Hua Gallery Sdn Bhd, iaitu salah satu daripada pengedar jenama Citizen kita di sini,” katanya pada sidang media, semalam.

Jelas beliau, ketiga-kita lokasi ini dipilih kerana mengamalka­n misi hijau, ini termasukla­h di Sibu.

“Dengan keberadaan kali pertama kami di Sibu, kami berharap dapat membawa kesedaran kepada orang ramai menerusi jenama jam tangan kami.

“Di samping itu, kami juga berharap dengan menjadi jenama pertama yang mempunyai pameran seperti itu di Sibu, kami boleh memberi inspirasi kepada jenama antarabang­sa yang lain di bandar ini,” katanya lagi.

Beliau juga berkata usaha Sibu terhadap misi hijau selari dengan konsep EcoDrive Citizen yang juga bertujuan untuk mencapai kesan yang sama terhadap alam sekitar.

Beliau berkata sepanjang pameran itu, pelanggan boleh menikmati potongan harga sehingga 40 peratus daripada model terpilih.

Sementara itu, penganjur jerayawara Consaltant Citizen Watch (Malaysia) Sdn Bhd turut menyampaik­an RM2,000 kepada Persatuan Autistik Sibu (SAA) semalam.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Pengurus Operasi Pelita Towerview Sdn Bhd Tony Hii, pengarah Galeri Swee Hua Ting Wee Ming dan penasihat SAA, Thomas Ling.

“Eco-Tour di Sibu adalah lokasi ketiga selepas yang pertama di Pulau Pinang dan kedua di Kedah. Kita telah bermula di Pulau Pinang pada 22 November lalu, selepas itu kita ke Kedah dan lokasi ketiga ialah di Sibu, Sabah.” sebelum berakhir di ZENTRIX CHIU, Pengurus Besar The Watch Guild Sdn Bhd

 ??  ?? CHIU (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Thomas sambil diperhatik­an oleh (dari duakiri) Wee, Ling dan Hii.
CHIU (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Thomas sambil diperhatik­an oleh (dari duakiri) Wee, Ling dan Hii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia