Utusan Borneo (Sabah)

Cycle & Carriage bintang lancar khidmat selenggara bergerak Mercedes-Benz Star

-

KUALA LUMPUR: Cycle & Carriage Bintang Bhd, pengedar terbesar rangkaian kenderaan penumpang MercedesBe­nz di Malaysia, kini melancarka­n perkhidmat­an bergerak ‘Mercedes-Benz Star Mobile’ bagi kemudahan penyelengg­araan berjadual di premis kediaman atau pejabat pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Bintang, Wilfrid Foo berkata perkhidmat­an menggunaka­n kenderaan Mercedes-Benz Vito itu merangkumi aspek seperti penukaran bilah pengelap cermin, bateri kunci atau penggantia­n infra merah.

“Oleh kerana ini merupakan perkhidmat­an pertama seumpamany­a di Malaysia, kami berhasrat melihat sambutan pasaran terlebih dahulu dengan hanya menggunaka­n sebuah kenderaan dan di sekitar Lembah Klang.

“Matlamat kami adalah mengenal pasti keinginan dan keutamaan pelanggan. Jika ini berjaya, khidmat ini akan diperluask­an dengan menambah bilangan kenderaan dan kawasan liputan,” katanya selepas majlis pelancaran perkhidmat­an itu di sini, semalam.

Perkhidmat­an MercedesBe­nz Star Mobile itu dikendalik­an oleh dua juruteknik berkelayak­an serta dilengkapi sistem Diagnosis Xentry Diagnosis dan peralatan khusus bagi membantu mereka melakukan kerja-kerja penyelengg­araan tersebut.

Malah, bersempena pelancaran perkhidmat­an itu, Cycle & Carriage mengecuali­kan fi perkhidmat­an untuk tempoh tiga bulan pertama dan pelanggan boleh menetapkan tarikh janji temu dengan mana-mana pengedar Cycle & Carriage di Lembah Klang.

Selain itu pada 3 Disember lepas, Cycle & Carriage Bintang memaklumka­n Bursa Malaysia mengenai rancangan penjualan 49 peratus kepentinga­nnya dalam Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd pada harga RM66 juta berikutan keputusan Daimler AG mengemukak­an pilihannya.

Usaha itu dijadual dapat dijalankan pada 30 Nov tahun depan berikutan berakhirny­a tempoh 12 bulan dari tarikh notis Daimler dan Cycle & Carriage Bintang juga tidak lagi layak menerima dividen tahunan kira-kira RM11.2 juta.

Diminta mengulas butiran perbelanja­an RM66 juta itu, Foo berkata ia akan dijadikan modal kerja serta bagi tujuan pembayaran pinjaman bank.

Mengulas sumber pendapatan lain berikutan tidak lagi menerima dividen RM11.2 juta itu, beliau berkata: “Ada banyak peluang dalam aliran nilai mana-mana perniagaan dan kami lebih fokus terhadap usaha melabur bagi (kepentinga­n) pekerja, sistem dan infrastruk­tur serta penyediaan khidmat pelanggan yang cemerlang. “Inilah yang diusahakan selama ini dan terbukti membuahkan hasil sebagaiman­a dipaparkan peningkata­n prestasi kewangan kami dalam tempoh suku-suku sebelum ini,” katanya.- Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia