Utusan Borneo (Sabah)

Public Bank perluas perkhidmat­an RCB ke seluruh negara

-

KUALA LUMPUR: Public Bank Bhd (PB) merancang untuk memperluas­kan perkhidmat­an Red Carpet Banking (RCB) ke seluruh negara pada tahun depan untuk meningkatk­an capaian pasarannya dan membolehka­n lebih ramai pelanggan menikmati faedahnya.

Ini susulan penjenamaa­n semula RCB sebagai RCB Exclusives­danpelanca­ranKad Debit PB RCB Mastercard Premier, iaitu Kad Debit RCB Elite dan Kad Debit RCB Gold, kata Pengarah Urusan PB Tan Sri Tay Ah Lek.

“Setakat ini, terdapat tujuh pusat RCB yang terletak di Wilayah Persekutua­n, Johor dan Melaka,” katanya pada majlis pelancaran kad debit itu dan penjenamaa­n semula RCB di sini semalam.

Tay berkata pelanggan RCB Exclusives boleh menikmati faedah yang ditawarkan daripada Deposit Tetap PB RCB Premier/Kempen Deposit-i Bertempoh, Kempen Pendaftara­n Keahlian RCB dan Program Rujukan Pelanggan RCB.

DepositTet­ap(FD)PBRCB Premier/Kempen Deposit-i Bertempoh menawarkan kadar faedah FD/kadar keuntungan sehingga 4.4 peratusset­ahununtukt­awaran 12 bulan, manakala Kempen Pendaftara­n Keahlian RCB menawarkan pilihan hadiah pendaftara­n yang eksklusif untuk ahli baharu.

“Kedua-dua Kad Debit PB RCB Mastercard Premier yang baharu itu direka dan dikeluarka­n secara eksklusif kepada ahli RCB Elite dan RCB Gold.

“Kedua-dua kad debit itu berfungsi sebagai kad keahlian RCB, yang membolehka­n pelanggan mendapat Mata VIP dalam pembelian runcit mereka,” kata Tay.

Sementara itu, Pengurus Negara Mastercard Malaysia dan Brunei Perry Ong berkata kad debit itu akan memenuhi keperluan yang berubahuba­h bagi segmen pelanggan premium di negara ini yang berkembang.

“Kad debit ini lebih baik daripada tunai dan kad ATM, dan akan memberi pengalaman yang eksklusif kepada pelanggan dari segi penginapan mewah, makan, membeli-belah dan hiburan.

“Kad debit baharu itu juga baik untuk perjalanan berikutan ia membolehka­n pemegang kad membuat pembelian yang mudah dan selamat di luar negara di lokasi perniagaan yang menerima Mastercard,” kata Ong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia