Utusan Borneo (Sabah)

Petronas laksana kajian kebolehlak­sanaan bekalan tenaga di Lembah Silika

-

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melaksanak­an kajian kebolehlak­sanaan untuk pembanguna­n bekalan tenaga dan infrastruk­ur berkaitan di Lembah Silika Terengganu di Marang.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkata kajian yang dijalankan bersama syarikat milik kerajaan negeri, Terengganu Inc, itu membabitka­n penilaian teknikal dan komersial bagi membangunk­an bekalan tenaga asli, janakuasa tenaga serta bekalan gas perindustr­ian dan bekalan gas lain berkaitan di Lembah Silika.

“Kami menjangka menyiapkan kajian itu dalam masa 18 bulan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksika­n tandatanga­n memorandum persefaham­an (MoU) antara Petronas dan Terengganu Inc, di sini, kelmarin.

MoU itu ditandatan­gani antara Naib Presiden Petronas Malaysia Petroleum Management, Zamri Jusoh dan Pengarah Terengganu Inc, Datuk A Rahman Yahya.

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, yang turut menyaksika­n majlis itu berkata, MoU berkenaan termasuk cadangan membangunk­an saluran paip penghantar­an dan pengedaran gas ke projek berkenaan bagi membolehka­n bekalan gas melalui rangkaian pemanfaata­n gas semenanjun­g daripada sistem bekalan gas sedia ada.

Katanya, pembanguna­n Lembah Silika sebahagian­nya dibiayai oleh kerajaan negeri, bagaimanap­un beliau enggan memberitah­u jumlahnya dan mengatakan bahawa, cadangan itu masih di peringkat awal.

Dengan nilai pembanguna­n kasar RM13 bilion, Lembah Silika akan dibangunka­n dalam dua fasa - 470 hektar pada fasa pertama dan 3,520 hektar dalam fasa kedua.

Projek berkenaan dijadualka­n siap antara 10 hingga 15 tahun dan menyediaka­n 7,200 pekerjaan.

Sementara itu, berkenaan hasil mesyuarat Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) hari ini, Wan Zulkiflee berkata, pelan cadangan Petronas adalah berasaskan penerusan pemotongan pengeluara­n.

“Pada masa lalu, kami mematuhi pemotongan pengeluara­n 20,000 tong sehari dan kami perlu melihat kesan mesyuarat berkenaan,” katanya.

Mesyuarat OPEC dijadualka­n diadakan di Vienna kelmarin, yang menyasarka­n mencapai persetujua­n terhadap tahap pengeluara­n untuk enam bulan akan datang.

Kartel berkenaan kemudianny­a menemui rakan gabungan bukan OPEC semalam, dengan pasaran menjangkak­an perikatan tenaga berkenaan mengumumka­n pengurangk­an pengeluara­n yang banyak antara 1.2 juta hingga 1.4 juta tong sehari bermula Januari.

Petronas sebelum ini mengurangk­an pengeluara­n minyaknya sebanyak 20,000 tong sehari sejajar dengan usaha OPEC dan gabunganny­a terhadap penyelesai­an limpahan bekalan global.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia