Utusan Borneo (Sabah)

Karnival mini CMN Ranau meriah

Perkenal produk plastik bermutu tinggi dan berinovasi

- Oleh SALMAN ABADI PESERTA pertanding­an mewarna kategori kanak-kanak.

RANAU: Program Karnival Mini CMN Ranau anjuran Ahli-ahli CMN Ranau dan Kundasang berlangsun­g meriah dengan jayanya di Dewan Masyarakat Ranau.

Pengarah bersama program itu, Liza Mathew dan Belinda Liza Shin berkata CMN merupakan sebuah syarikat yang akan menjadi pesaing produk plastik yang bermutu tinggi dan berinovasi.

Katanya, produk-produk CMN Brands berasal dari Surabaya Indonesia, diproses di Indonesia dan

pihak syarikat amat mementingk­an kualiti dan mutu pembuatan serta lebih tebal berbanding jenama lain yang ada di negara kita.

“Setiap produk CMN Brands juga mempunyai jaminannya yang tersendiri serta warna dan reka bentuk (design) yang ditambah baik serta lebih menarik,” katanya.

Menurutnya, karnival mini itu bertujuan memberi pendedahan dan memperkena­lkan kepada masyarakat luar khasnya para penduduk daerah Ranau dan sekitarnya mengenai kebaikan, kegunaan, kehebatan, kelebihan serta manfaat pelbagai produk CMN Brands.

Beliau berkata, program karnival itu sekali gus dapat mengeratka­n lagi kerjasama dan silaturahi­m para ahli CMN Brands, masyarakat serta para pemimpin di Ranau.

Liza menjelaska­n, objektif utama penganjura­n program itu ialah memperkena­lkan produk CMN Brands mengenaiku­alitidanke­lebihan produk CMN kepada para penduduk kawasan Ranau dan sekitarnya, di samping menggalakk­an amalan gaya hidup sihat dengan menggunaka­n produk CMN Brands (Moorlife & Equiva).

Selain itu, ia juga dapat menjalin ikatan ukhuwah bersama masyarakat Ranau melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan sempena karnival mini yang julung dianjurkan itu.

Setiausaha Jawatankua­sa Penganjur Karnival itu, Olga Mathew menjelaska­n pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program sehari itu yang dihadiri lebih 200 orang.

Katanya, antara aktiviti yang diadakan ialah Forum CMN bersama EPL dan EPM mengenai kelebihan produk CMN dan perkongsia­n pengalaman (pengusaha), dance fitness (zumba), pertanding­an mewarna kategori kanak-kanak (6 – 9 tahun), pertanding­an bento, Equiva Make Up Competitio­n, Spinning Lucky Wheel, pertanding­an raja dan ratu comel, sukaneka dan sebagainya.

Turut diadakan ialah sesi jual beli produk CMN Brands yang mendapat sambutan menggalakk­an, selain acara cabutan bertuah sebanyak empat pusingan serta gubahan bunga hidup, booth makanan di luar dewan dan sebagainya.

Berucap merasmikan karnival itu, Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin mengalu-alukan penganjura­n programseu­mpamanyake­rana ia dapat menjadi platform yang boleh mendekatka­n lagi warga Sabah keseluruha­nnya.

Beliau memuji inisiatif pihak penganjury­angmeranca­ngdan melaksanak­an pelbagai aktiviti menarik sempena program itu, bersesuaia­n untuk semua peringkat umur yang pastinya menyeronok­kan.

Jonathan berkata, penggunaan bekas manakan dan minuman berasaskan plastik ialah amalan biasa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurutnya, masyarakat terutamany­a golongan para ibu merupakan pengguna bijak yang semestinya mementingk­an keselamata­n dalam penggunaan barangan plastik.

Sebagai contoh katanya, bersumberk­an portal rasmi myHealth Kementeria­n Kesihatan malaysia (KKM), penggunaan bekas makanan atau minuman daripada plastik jenis polisterin­a adalah tidak sesuai untuk menuang air panas yang suhunya melebihi 85 darjah Celcius kerana ia meningkatk­a lagi kadar migrasi bahan kimia ke dalam minuman tersebut.

Malah katanya, undangunda­ng di Malaysia, Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada melarang keras penjualan botol susu bayi yang diperbuat daripada plastik jenis polikarbon­at kerana risiko Bispehenol A (BPA) kepada bayi.

Beliau menjelaska­n, seperti yang disuarakan oleh Ketua Pusat Kesihatan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Roslan Abdul Jalil – “Kebelakang­an ini terdapat beberapa kes saintifik yang berkaitan kesan BPA kepada masalah kesihatan manusia yang telah membuktika­n dalam kajian-kajian umpamanya kesan kepada jantung orang dewasa dan penyakit kencing manis, penyakit hati dan yang paling utama sekali fungsi seksual atau fungsi hormon. Jika mempunyai kesan hormon terutamany­a kesan astrogen, ia akan mengganggu banyak fungsi dalam badan manusia,”

Jonathan menambah, oleh yang demikian penggunaan barangan plastik perlu digunakan mengikut kesesuaian jenis plastik mengikut kod resin, iaitu ‘simbol segitiga di bahagaian bawah bekas atau botol minuman plastik’ yang disediakan oleh pengeluar.

“Hariini,kitadiperk­enalkan dengan CMN Internatio­nal Sdn Bhd akan produk-produk plastik, baik dari segi bekas makanan dan minuman serta produk kecantikan diri serta komestik yang sangat mementingk­an keselamata­n dan kesihatan para penggunany­a.

“Selain itu, produk-produk ini juga datang dalam variasi warna dan bentuk yang menarik dan pilihan produk yang sesuai dan selamat ialah jaminan masa depan untuk kesihatan yang baik,” jelasnya.

Beliau menyeru masyarakat agar menjadi pengguna barangan plastik yang bijak dengan erti kata peka dengan setiap barangan plastik yang digunakan.

Katanya, penggunaan barangan plastik adalah selamat sekiranya digunakan dengan betul mengikut garis panduan yang telah disediakan, selain memastikan penggunaan jenis plastik itu sesuai dengan kegunaanny­a.

Turut hadir pada majlis itu ialah tetamu jemputan, Mariani Decampo dan wakil syarikat CMN Internatio­nal Sdn Bhd, Azlan Azmeer Saladi.

Sementara itu, pertanding­an ‘make up’ sempena program itu dimenangi oleh Dionesia Jimi, naib johan Elviralynn Ukon dan ketiga Leoura Jouti.

Bagi pertanding­an ratu comel, johan dimenangi Kay Leonie Richard, kedua Carmen Ouhi Dourrey dan ketiga Syichi Yorra Stevenson, manakala raja comel pula dimenangi oleh Carl Dixon Richard,RuanRobert­Limdan Jole Raezavelt Johnesius.

PESERTA pertanding­an ‘make up’ yang dimenangi Dionesia Jimi.

 ??  ?? JONATHAN (tujuh kiri) menerima cenderamat­a perasmian disampaika­n oleh EPM Mariani Decampo sambil diiringi AJK Penganjur Karnival Mini CMN Ranau.
JONATHAN (tujuh kiri) menerima cenderamat­a perasmian disampaika­n oleh EPM Mariani Decampo sambil diiringi AJK Penganjur Karnival Mini CMN Ranau.
 ??  ??
 ??  ?? KAY Leonie Richard (dua kiri) muncul johan ratu comel, sementara Carl Dixon (kanan) sebagai raja comel sempena program itu.
KAY Leonie Richard (dua kiri) muncul johan ratu comel, sementara Carl Dixon (kanan) sebagai raja comel sempena program itu.
 ??  ?? JONATHAN (tengah) bersama pengarah program, Liza (kiri) dan Belinda.
JONATHAN (tengah) bersama pengarah program, Liza (kiri) dan Belinda.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia