Utusan Borneo (Sabah)

Spesis pupus diabadi dalam Unesco Global Geopark Langkawi

-

LANGKAWI: Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA) baru-baru ini memperkena­lkan Obit sebagai maskot Geopark Global Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Langkawi (Langkawi UNESCO Global Geopark atau LUGG).

Obit mendapat namanya sempena Trilobit, sejenis spesis hidupan laut yang sudah pupus dan dianggarka­n hidup di pulau ini kira-kira 550 juta tahun yang lalu.

Fosil Trilobit ini telah ditemui di Formasi Machinchan­g dan Formasi Setul yang terletak di Taman Geoforest Machincang Cambrian dan Taman Geoforest Kilim Karst di Langkawi.

Pengenalan Obit sebagai maskot ini merupakan satu lagi inisiatif dilaksanak­an Bahagian Geopark LADA untuk meraikan Hari Langkawi UNESCO Global Geopark yang ke-11 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat di sini baru-baru ini.

Pengurus Bahagian Geopark LADA, Azmil Munif Mohd Bokhari berkata Obit akan berperanan menyemarak­kan lagi kesedaran umum tentang status Langkawi sebagai sebuah geopark bertaraf global.

“Kesedaran ini penting, khususnya di kalangan komuniti tempatan dan pelancong, memandangk­an hubungan di antara kehidupan, kepelbagai­an geologi dan budaya merupakan sebahagian dari komponen penting sesebuah Geopark,” katanya.

Dalam sambutan itu, LADA turut mengedarka­n sejumlah 800 penyedut minuman mudah terurai (biodegrada­ble) di kalangan pelajar-pelajar sekolah untuk meningkatk­an lagi amalan mesra alam di pulau ini selain menjadi langkah permulaan menjadikan sekolah-sekolah di sini bebas penyedut minuman plastik.

Selain itu, 11 jenis pokok-pokok tempatan (native trees) turut diedarkan kepada semua sekolah di Langkawi bagi menandakan 11 tahun Langkawi sebagai sebuah geopark, di samping mewujudkan ekosistem bersesuaia­n untuk rama-rama dan burung-burung tempatan.

Langkawi diisytihar­kan sebagai sebuah geopark oleh Global Geopark Network (GGN) yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1 Jun 2007 dan status itu tertakluk kepada penilaian semula yang dilaksanak­an setiap empat tahun, sekaligus meletakkan­nya sebagai geopark pertama di rantau Asia Tenggara.

Pulau pelanconga­n ini berjaya mengekalka­n status ini untuk dua proses penilaian semula yang telah dijalankan pakar-pakar geologi dalam tahun 2011 dan 2015. Penilaian semula seterusnya akan diadakan tahun hadapan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia