Utusan Borneo (Sabah)

Tiga diburu, rusuhan bersenjata dan pergaduhan di Bandar Tawau

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

TUA RAN: Seramai 10 penagih termasuk tiga pasangan beradik ditahan sepasukan anggota penguatkua­sa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di beberapa perkampung­an di sini.

Ketua Pegawai AADK Tuaran Asraf Hafiz berkata kesemua individu ditahan selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti penagihan dadah dalam Ops Cegah yang dijalankan awal pagi Jumaat.

“Serbuan pertama dijalankan di sebuah balai raya kira-kira jam 1 pagi membabitka­n empat individu termasuk dua beradik yang sedang leka bermain permainan pada telefon bimbit.

“Pada mulanya kesemua individu cuba berdalih dan manafikan tidak mengambil sebarang dadah atau bahan terlarang, bagaimanap­un selepas pemeriksaa­n lanjut dijalankan pasukan penguatkua­sa menemukan peralatan untuk menghisap syabu dalam motosikal mereka,” katanya.

Menurutnya dalam serbuan seterusnya, dua lagi beradik ditahan selepas anggota penguatkua­san mendapati mereka menjadikan rumah sendiri sebagai lokasi untuk melepak serta menghisap dadah.

Katanya, rumah mereak turut dijadikan sebagai lokasi para remaja di kampung terbabit untuk berseronok.

“Dalam satu serbuan dua beradik turut ditahan dan hasil maklumat mendedahka­n mereka menjadikan rumah sepupu mereka sebagai lokasi utama untuk menjalanka­n kegiatan penagihan dadah.

“Ketiga-tiga tangkapan adalah antara 10 yang ditahan dan hasil ujian air kencing menunjukka­n kesemua penagih berumur 16 hingga 36 tahun didapati positif syabu dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

Tambahnya Ops Cegah akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi membantera­s kegiatan penagihan dadah di sini, orang awam yang mempunyai maklumat diminta menyalurka­n kepada AADK Tuaran di talian 088788 336.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA penagih yang ditahan di beberapa perkampung semasa Ops Cegah dilaksanak­an.
ANTARA penagih yang ditahan di beberapa perkampung semasa Ops Cegah dilaksanak­an.
 ??  ?? SALAH seorang penagih ditahan di kediamanny­a.
SALAH seorang penagih ditahan di kediamanny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia