Utusan Borneo (Sabah)

Priyanka, Nick Jonas dirai dalam majlis resepsi gilang gemilang

-

PRIYANKA Chopra, bintang filem India dan televisyen Amerika Syarikat, dan penyanyi kumpulan Jonas Brothers, Nick Jonas, meraikan perkahwina­n mereka di satu majlis yang gilang-gemilang di New Delhi pada Selasa lepas, di mana pasangan mempelai disertai selebriti daripada perdana menteri India hingga kepada bintang Hollywood.

Acara yang diadakan di sebuah hotel di New Delhi menyusuli sambutan perkahwina­n selama tiga hari di sebuah istana warisan India di atas sebuah bukit di kota barat Jodhpur, termasuk perlawanan kriket dan lagulagu Bollywood.

Senarai tetamu di majlis sambutan Selasa lepas termasuk Perdana Menteri India Narendra Modi, yang bergambar bersama Chopra, yang memakai pakaian India yang berlabuci, dan Jonas, yang memakai tuksedo biru-hitam.

Chopra, 36, dan Jonas, 26, bertunang pada bulan Ogos selepas percintaan yang bermula di sebuah parti selepas majlis anugerah Oscar pada tahun lepas.

Chopra, seorang bekas Miss World, membintang­i tiga musim ‘Quantico’ di saluran ABC, untuk menjadi wanita India pertama yang menerajui sebuah drama televisyen AS.

Di India, dia merupakan salah seorang bintang filem dengan pendapatan tertinggi di Bollywood.

Nick dan adik beradiknya Kevin dan Joe membentuk sebuah kumpulan pop-rock, The Jonas Brothers, pada 2005 dan menjadi masyhur sebagai bintang-bintang remaja Disney. Kumpulan itu berpecah pada 2013.

Semasa majlis pada Selasa lepas, pasangan itu turut disertai keluarga masingmasi­ng, selain Sophie Turner, yang membintang­i siri HBO yang dipuji pengkritik ‘Game of Thrones’ dan juga tunang abang Jonas, Joe.

Pasangan itu umumnya enggan mendedahka­n butiran mengenai perkahwina­n mereka yang berlangsun­g pada hujung minggu lepas.

Pada awal Selasa lepas, Chopra memaparkan beberapa gambar sambutan perkahwina­nnya dalam akaun Instagramn­ya, dengan berkata: “Dan selama-lamanya bermula sekarang...” — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? TURUT SERTA: Sophie Turner dan Joe Jonas turut hadir memeriahka­n majlis resepsi Priyanka dan Nick, di New Delhi.
— Gambar Reuters TURUT SERTA: Sophie Turner dan Joe Jonas turut hadir memeriahka­n majlis resepsi Priyanka dan Nick, di New Delhi.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia