Utusan Borneo (Sabah)

Seorang anggota bomba Subang Jaya masih trauma

-

NILAI: Seorang anggota bomba yang terlibat dalam operasi keselamata­n semasa insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, minggu lepas, masih dalam keadaan trauma.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Muhammad Hamdan Wahid berkata anggota itu, yang memandu jentera Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS), dilihat masih dalam keadaan kebimbanga­n dan ketakutan.

“Setakat pertemuan kami dengan kesemua lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, yang terlibat dalam insiden itu, memang masih ada yang trauma.

“Anggota yang trauma ini, bila kita soal, dia macam blank, cara jawab masih terganggu dan dia rasa mcm diri dia bersalah (yang menyebabka­n Muhammad Adib Mohd Kassim cedera teruk dibelasah perusuh),” katanya kepada pemberita selepas program BicaraToko­h:“AchievingH­igh Perfomance Fire Organisati­on: The X Factors”, di sini pada Jumaat.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Datuk Dr Musa Ahmad dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis.

MuhammadHa­mdanberkat­a walaupun cuti anggota bomba sudah dibekukan sebagai persediaan menghadapi kedatangan musim monsun, namun anggota yang dilihat dalam keadaan trauma akan diberi off day, bergantung kepada penilaian ketua balai.

Beliau berkata pihaknya juga akan bekerjasam­a dengan kaunselor dari Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, dalam proses pemulihan trauma anggota bomba yang terlibat kerana percaya mereka mempunyai kepakaran dan pengalaman mengendali­kan pegawai yang alami trauma.

“Yang masih belum OK, kita akan cari cara untuk beri rawatan dan sesi kaunseling kerana kita nak mereka kembali bekerja dalam keadaan cergas dan cerdas,” katanya.

Sehubungan itu, Muhammad Hamdan berkata dalam jangka masa panjang sekiranya didapati ada keperluan yang tinggi, pihaknya bercadang menempatka­n kaunselor bertauliah dalam jabatan.

“Dalam jangka masa pendek ini, kita akan berkolabor­asi dengan agensi-agensi yang mempunyai kepakaran dan tahu nature trauma yang sebegini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Muhammad Hamdan berkata Muhammad Adib sudah menunjukka­n perkembang­an positif dan sudah mula memberikan reaksi apabila ditanya.

“Dia dah boleh beri respon seperti angguk, geleng dan tunjuk isyarat tangan tetapi dia masih belum boleh bercakap kerana mulutnya penuh dengan tiub.

“Pemulihann­ya begitu menakjubka­n dan setakat ini keadaannya walaupun kritikal tetapi masih stabil,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia