Utusan Borneo (Sabah)

Protes berapi di Greece bagi memperinga­ti Grigoropou­los

-

ATHENS: Bom petrol dan bunga api meletup di Athens kelmarin ketika tunjuk perasaan sempena ulang tahun ke-10 kejadian tembakan maut oleh anggota polis terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, yang mencetuska­n protes belia selama beberapa minggu.

Lebih 4,000 orang, kebanyakan­nya golongan muda, menyertai bantahan di Athens termasuk di bandar utara Thessaloni­ki, kata polis.

Tunjuk perasaan diadakan setiap tahun bagi memperinga­ti Alexis Grigoropou­los, yang dibunuh oleh sebutir peluru polis pada 6 Disember, 2008, semasa protes jalanan oleh remaja Greece terhadap keadaan di negara yang berada di ambang krisis ekonomi.

Ketika beberapa rali di Athens sepanjang kelmarin secara amnya berlangsun­g secara aman, terdapat sedikit gangguan apabila sekumpulan belia yang memakai hud membakar penghadang serta beberapa lagi melontar batu ke arah polis yang bertindak balas dengan gas pemedih mata.

Lebih 20 orang telah ditangkap, kata sumber polis.

Polis Greece telah berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi hari peringatan tersebut, mengerahka­n ribuan anggotanya.

Pada tahun 2010 Epaminonda­s Korkoneas, anggota polis yang menembak Grigoropou­los, telah didapati bersalah untuk homisid salah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup – satu pensabitan yang dia telah mengemukak­an rayuan.

Korkoneas mendakwa dia melepaskan tembakan amaran bagi menghalang belia yang melontar objek ke arah dia dan rakan perondanya.

Salah satu peluru tembakanny­a terkena dada remaja lelaki tersebut, membunuhny­a se-belum dia sempat dibawa ke hospital.

Rakan perondanya Vassilios Saraliotis dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun kerana bersekongk­ol namun telah dibebaskan dengan bersyarat pada 2011. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? POLIS rusuhan dilihat berdiri di antara api-api sewaktu tunjuk perasaan bagi memperinga­ti Grigoropou­los, di Athens kelmarin.
— Gambar Reuters POLIS rusuhan dilihat berdiri di antara api-api sewaktu tunjuk perasaan bagi memperinga­ti Grigoropou­los, di Athens kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia