Utusan Borneo (Sabah)

UNIFIL sahkan kewujudan terowong di Israel dekat sempadan Lubnan

-

BEIRUT: Pasukan tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin mengesahka­n kewujudan sebuah terowong di utara Israel berhampira­n sempadan Lubnan, selepas negara Yahudi itu menuduh Hizbullah menggali lubang di bawah sempadan.

UNIFIL “telah melawat sebuah lokasi” berhampira­n Metula di utara Israel, menurutnya dalam satu kenyataan, dan “boleh mengesahka­n kewujudan sebuah terowong di lokasi berkenaan.”

“UNIFIL sekarang terlibat bersama beberapa pihak lain bagi meneruskan dengan tindakan susulan yang segera,” jelasnya.

“Ia adalah sangat penting untuk menentukan gambaran sepenuhnya bagi kejadian serius ini.”

Israel telah melancarka­n satu operasi digelar sebagai “Perisai Utara” pada Selasa lepas bagi memusnahka­n terowong yang menurutnya digali di seberang sempadan oleh kumpulan militan Syiah Hizbullah.

Ketika operasi diteruskan kelmarin, pihak tentera Israel berkata ia telah menghubung­i UNIFIL, yang mengawasi wilayah sempadan, berkaitan dengan sebuah terowong berasal di bahagian Lubnan di sempadan.

Yoel Strik, ketua pasukan tentera utara, menuntut pasukan tentera PBB “agar bertindak, menyiasat dan memastikan untuk meneutralk­an lubang di dalam terowong serangan itu”.

Menteri Luar Negara Lubnan Gibran Bassil meminta duta negaranya ke PBB untuk “mengemukak­an aduan terhadap Israel”, kata kementeria­nnya dalam satu kenyataan.

Beliau menuduh Israel menjalanka­n “kempen diplomatik dan politik terhadap Lubnan, bersedia untuk melancarka­n serangan terhadapny­a”.

Di bahagian sempadan Lubnan pula, penduduk di pekan Kfar Kila telah menerima satu pesanan suara yang direkodkan dalam telefon bimbit mereka dalam bahasa Arab dari Israel, menurut agensi berita negara.

Mesej tersebut meminta para penerima agar menjauhkan diri dari Hizbullah, lapor NNA.

Ia memberi amaran kepada penduduk agar tidak bekerjasam­a dengan kumpulan militan.

Hizbullah yang disokong oleh Iran merupakan satusatuny­a kumpulan di Lubnan yang tidak menyerahka­n senjata selepas perang saudara 1975-1990 di negara ini.

Ia telah mendapat gelaran “penentang” melalui tindakanny­a menentang Israel, yang menawan selatan Lubnan sehingga 2000. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MERONDA: UNIFIL meronda di sepanjang sempadan dengan Israel berhampira­n Kfar Kila, selatan Lubnan, kelmarin.
— Gambar AFP MERONDA: UNIFIL meronda di sepanjang sempadan dengan Israel berhampira­n Kfar Kila, selatan Lubnan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia