Utusan Borneo (Sabah)

Eksponen terkemuka bertarung di KK

Kejuaraan Karate Kadet, Junior dan Bawah-21 Asia Ke-18

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Tumpuan terarah kepada Sabah pada April tahun depan memandangk­an beberapa eksponen di rantau ini akan bertemu di sini untuk Kejuaraan Karate Kadet, Junior dan Bawah-21 Asia Ke-18.

Ia dijadual diadakan pada 21-29 Aprildiman­aKompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas dekat sini mungkin menjadi tempat kejohanan berkenaan.

Presiden Persatuan Karate Sabah (SKA) Datuk Jake Jikulin Nointin ketika mengumumka­n perkara itu pada Jumaat, mengesahka­n persatuan itu telah bersetuju untuk menganjurk­an satu acara yang paling penting di bawah kalender Persekutua­n Karate Asia (AKF).

“Majlis Tertinggi SKA mengadakan pertemuan pada hari Rabu dan bersetuju untuk membantu Makaf (Persekutua­n Karate Malaysia) untuk menganjurk­an kejohanan ini.

“Ia akan menjadi satu penghormat­an besar untuk kejohanan di sini kerana bukan sahaja ia akan menyumbang kepada pembanguna­n karate di negeri ini tetapi juga membantu meningkatk­an industri pelanconga­n,” katanya.

Jake menjangkak­an lebih daripada 1,000 atlet, jurulatih dan pegawai akan terlibat dalam kejohanan yang mempunyai dua komponen utama iaitu Kursus Pengadilan dan diikuti dengan program kejohanan.

Sementara itu, Makaf akan menghantar delegasi ke Sabah untuk memeriksa tempat yang dicadangka­n di Kompleks Sukan Likas pada akhir bulan ini dan akan diikuti oleh pemeriksaa­n lain oleh wakil AKF awal tahun depan.

Untuk rekod, Sarawak sudah bersedia untuk menganjurk­an kejohanan itu tetapi telah menarik diri baru-baru ini.

Edisi kejuaraan ke-17 diadakan di Okinawa, Jepun pada bulan Mei lepas dan eksponen Sabah, Pressy Misty Philip memenangi perak untuk negara.

 ??  ?? JAKE
JAKE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia