Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an golf cungkil bakat baharu

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Seramai 77 orang telah menyertai acara pertanding­an KGC Junior Series Open Championsh­ip 2018.

Kapten Kinabalu Golf Club Chua Poh Guan berkata, acara yang diadakan pada Khamis lalu di Kinabalu Golf Club Tanjung Aru dijangka dapat mencungkil bakat baharu dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Semua peserta terdiri dari golongan kanak-kanak berumur serendah lapan tahun sehinggala­h umur 18 tahun. Peserta terdiri dari seluruh daerah di negeri ini.

“Saya berharap pertanding­an ini dapat mencungkil bakat dan melahirkan pelapis baharu bukan sahaja dapat diketengah­kan di peringkat negeri atau pun kebangsaan tetapi juga di kejohanan berprestij luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Naib Presiden Kelab Golf Sabah Maxmillian Boijol berkata pertanding­an itu dijangka mampu memberi satu peluang kepada anak-anak dan remaja untuk lebih aktif dalam sukan berkenaan.

Beliau turut mengharapk­an pihakpihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan dapat melibatkan diri memberi bantuan atau tajaan kepada anak-anak di negeri ini agar dapat menyertai sukan ini.

“Pelbagai inisiatif telah diadakan bagi menggalakk­an anak-anak menceburi dan melibatkan sukan seperti klinik golf, khidmat nasihat dan bimbingan.

“Pertanding­an yang didakan kali ini juga dapat memberisat­upeluangke­pada mereka yang menyertai untuk menguji kebolehan masing-masing,” katanya.

 ??  ?? MAXMILLIAN
MAXMILLIAN
 ??  ?? CHUA
CHUA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia