Utusan Borneo (Sabah)

Kanye West curi tumpuan di

‘The Cher Show’

-

MUZIKAL baharu mengenai Cher dibuka di Broadway tetapi Kanye West juga yang menarik perhatian apabila seorang pelakon merungut tentang tindakan penyanyi rap itu menghantar teks pesanan pada malam pembukaan.

West dan isterinya Kim Kardashian adalah antara tetamu-tetamu selebriti di kalangan penonton di New York pada malam Selasa lepas untuk ‘The Cher Show’.

Namun pada pertengaha­n muzikal tentang karier penyanyi dan aktres itu, seorang pelakon, Jarrod Spector, yang membawa watak mendiang suami Cher, Sonny Bono, tweet terus kepada penyanyi rap itu.

“Hei @kanyewest sungguh hebat kerana anda ada di sini di @TheCherSho­w! Jika anda berhenti melihat telefon bimbit anda, anda akan lihat bahawa kami sedang membuat pertunjuka­n di atas sini.” tweet Spector. “Ia adalah malam pembukaan. Ia adalah sesuatu yang agak besar bagi kami. Terima kasih banyak-banyak.”

West memohon maaf dalam satu jawapan Twitter kerana “tidak ada etiket”.

“Dinamika perhubunga­n Cher dan Sonny membuat Kim dan saya memegang tangan satu sama lain dan bernyanyi ‘I got you babe’. Tolong maafkan tindakan saya yang tidak ada etiket. Kami begitu menghargai tenaga yang anda semua berikan untuk membuat adikarya ini,” tweet penyanyi ‘Jesus Walks’ itu.

Cher, 72, menyertai barisan pelakon di atas pentas pada hujung pertunjuka­n untuk mendendang­kan salah satu lagi hitnya yang terbesar, ‘If I Could Turn Back Time’.

Pertunjuka­n itu mengandung­i 35 lagu hit penyanyi itu dan menceritak­an tentang kehidupann­ya dari permulaan yang sederhana dalam karier dan kehidupann­ya selama 50 tahun sebagai seorang superstar.

Cher berkata di atas permaidani merah bahawa dia rasa emosional hanya menonton pertunjuka­n itu.

“Kadang-kadang ia menggembir­akan, kadangkada­ng ia terlalu menyedihka­n.. dan anda tahu, saya ada Kleenex,” katanya. — Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia