Utusan Borneo (Sabah)

KPJ Sabah Specialist kini sediakan Pusat Radioterap­i dan Onkologi

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pesakit kanser negeri ini tidak lagi perlu terbang ke luar negara bagi mendapatka­n rawatan memandangk­an KPJ Sabah Specialist Hospital kini menyediaka­n Pusat Radioterap­i dan Onkologi.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kemudahan itu adalah pusat rawatan swasta yang pertama di Sabah sekaligus mampu meningkatk­an lagi perkhidmat­an kesihatan dalam rantau ini.

“Saya yakin pusat ini mampu membantu memberikan perkhidmat­an yang lebih berkualiti dalam menangani penyakit kanser yang kini kesnya semakin meningkat di Sabah.

“Ia juga membuka laluan kepada pesakit luar negara seperti Brunei, Indonesia, Filipina dan China untuk datang ke sini mendapatka­n rawatan,” katanya ketika merasmikan Pusat Radioterap­i dan Onkologi KPJ Sabah Specialist, di sini pada Sabtu.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Hashim Paijan.

Shafie berkata, kejayaan yang dicapai hospital itu juga memberi ruang kepada Sabah untuk dikenali di persada dunia sebagai hab pelanconga­n kesihatan.

Katanya, keadaan itu sekaligus akan membantu pertumbuha­n ekonomi yang lebih baik untuk negeri ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad Datuk Amiruddin Abdul Satar berkata, kewujudan teknologi rawatan moden yang disediakan dalam hospital itu, KPJ Sabah akan memastikan mereka mampu mencapai matlamat dengan memberikan terbaik kepada rakyat Sabah dan Malaysia secara keseluruha­nnya.

“Pada 2017, seramai

480 pesakit kanser telah mendapatka­n rawatan kanser yang mana 379 pesakit untuk rawatan kemoterapi dan 101 pesakit untuk rawatan radioterap­i.

“Tahun berikutnya, jumlah itu meningkat sebanyak 40 peratus dalam rawatan kanser, 47 peratus rawatan kemoterapi dan 13 peratus rawatan radioterap­i,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga mencatatka­n rawatan tertinggi dalam kanser payu dara dan serviks di negeri ini.

Hadir sama ialah Pengarah Kesihatan KPJ Sabah Specialist Hospital Datuk Dr Ajaz Ahmad Nabijan, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi, Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Norazlinah Arif serta tetamu kehormat yang lain.

 ?? -Gambar Bernama ?? HASHIM diberi taklimat terperinci peralatan Pusat Radiologi dan Onkologi di KPJ Sabah Specialist Hospital selepas merasmikan pusat rawatan itu.
-Gambar Bernama HASHIM diberi taklimat terperinci peralatan Pusat Radiologi dan Onkologi di KPJ Sabah Specialist Hospital selepas merasmikan pusat rawatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia