Utusan Borneo (Sabah)

MPS bersihkan tepi jalan demi keselamata­n penduduk

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Calvin Chong memuji sikap dan tindakan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Datuk Peter Hii Chang Lik berhubung aduan awam yang diterimany­a dalam memastikan keselamata­n, keindahan serta kebersihan bandar ini.

Beliau berkata apa juga aduan awam yang diterima berkaitan bidang pentadbira­n MPS pasti akan segera dijalankan.

“Saya mengulas perkara ini seperti yang diadukan oleh pihaknya berhubung pokokpokok di sepanjang tepi Jalan Taman Sentosa di mana pihak majlis segera membersihk­an laluan tersebut demi keselamata­n penduduk,” katanya.

Calvin berkata pokok-pokok serta semak samun tersebut juga telah menutupi laluan untuk pejalan kaki.

Beliau yang melahirkan kebimbanga­n kepada pengguna jalan raya pada musim hujan ini akan menyebabka­n kecelakaan dan ini merupakan risiko yang tinggi perlu dihadapi oleh penduduk Taman Sentosa.

“Oleh itu, untuk mengelakka­n kecelakaan berlaku saya telah bekerjsama dengan pihak MPS supaya memberi pertolonga­n menebang pokok-pokok yang menghalang laluan pejalan kaki dan pokok yang hampir tumbang untuk memastikan penduduk Sentosa dalam keadaan yang selamat,” katanya.

Calvin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Datuk Peter Hii dan kakitangan MPS yang terlibat kerana menjalanka­n tugas dengan cekap dan baik.

Beliau turut berkata pada masa akan datang dia percaya Sandakan akan jadi lebih kemas dan bersih.

“Saya akan terus memberi sokongan dan kerjasama yang baik kepada Datuk Peter Hii Chang Lik dan MPS dalam memastikan usaha menjadikan bandar ini sebagai sebuah bandar yang bersih dan indah,” katanya.

 ??  ?? KAKITANGAN MPS sedang membersihk­an kawasan terbabit.
KAKITANGAN MPS sedang membersihk­an kawasan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia