Utusan Borneo (Sabah)

Kepimpinan parti diingatkan tidak sekat individu sertai Bersatu

-

KULAI: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu mengingatk­an kepimpinan partiituag­artidakmen­ghalang atau menyekat mana-mana individu yang ingin menyertai parti berkenaan.

Muhyiddin berkata ini adalah kerana parti itu masih memerlukan lebih ramai lagi ahli untuk mengukuhka­n kedudukann­ya serta memperjuan­gkan agendaagen­da ditetapkan.

“Kita nakkan ramai tokoh, lebih ramai ahli, lebih banyak orang yang bersedia membantu menyumbang (kepada parti). Perjalanan kita masih jauh lagi, baru dua tahun. Jadi tentu banyak perkara yang kita harus lakukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Bersatu Johor di sini, pada Sabtu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Bersatu adalah parti yang terbuka dan tidak sama seperti parti-parti politik terdahulu yang telah kalah dalam pilihan raya umum lepas yang didapati telah mengamalka­n politik buruk.

“Bersatu tidak mengamalka­n dasar ini. Kita nak tambah ahli. Lepas mereka masuk dan setelah itu nakmenubuh­kanlebihba­nyak cawangan-cawangan pula, itu terserah kepada pimpinan peringkat bahagian,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata di Johor misalnya, Bersatu kini sudah mempunyai lebih daripada 180 cawangan dan berharap bilanganny­a itu akan bertambah pada masa akan datang memandangk­an banyak lagi ruang dapat ditawarkan.

Berhubung isu lain, Muhyiddin menyatakan bahawa beliau tidak nampak kesahihan dakwaan kononnya terdapat pihak tertentu cuba ‘menukar’ Menteri Besar Johor. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia