Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda Upko Tuaran berdiri teguh bersama parti dan presiden

- Oleh YAP SIONG HAN

TUARAN: Pergerakan Pemuda Pasok Momogun Kadazandus­un Bersatu (Upko) Bahagian Tuaran akan terus berdiri teguh dan taat setia kepada barisan pucuk kepimpinan parti.

Perkara itu disuarakan oleh ahli jawatankua­sa tertinggi Pemuda Upko Tuaran dalam satu mesyuarat di Pejabat Upko Tuaran di sini pada Sabtu.

Ketua Pemudanya Charles Jauti berkata, kesemua ahli berkeyakin­an penuh dan menyatakan sokongan padu kepada Upko yang diterajui Presiden Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

“Upko yang ada sekarang sebenarnya lebih berdaya saing dan kini berada pada landasan yang lebih baik khususnya dalam memperjuan­gkan dan membela nasib rakyat.

“Segala perancanga­n dibuat secara terbuka dengan turut mengambil kira pandangan dan cadangan masyarakat di peringkat akar umbi,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat itu.

Charles berkata, parti Upko bukan milik untuk segelintir individu sahaja, tetapi Upko adalah parti untuk semua, parti untuk rakyat, parti untuk Orang Asal Sabah.

“Mungkin ada yang tertanyata­nya tentang beberapa rakan kita di bahagian lain yang sudah tidak bersama dengan parti.

“Apa pun alasannya, kita menghormat­i keputusan mereka dan dalam masa sama kita juga sentiasa mengalu-alukan mereka sekiranya rindu dengan semangat ‘pisompurua­n’ dan rasa ingin ‘pulang’.

“Bagi kami serta ribuan ahli lain...kami masih bepegang teguh dan taat setia terhadap hala tuju perjuangan Upko khususnya dalam membela nasib Orang Asal Sabah,” katanya.

Beliau turut menjelaska­n bahawa persahabat­an dengan mereka masih terjalin walau pun kini tidak sebumbung.

 ??  ?? CHARLES (duduk empat kanan) bersama barisan ahli jawatankua­sa tertinggi Pergerakan Pemuda Upko Bahagian Tuaran merakamkan gambar kenangan.
CHARLES (duduk empat kanan) bersama barisan ahli jawatankua­sa tertinggi Pergerakan Pemuda Upko Bahagian Tuaran merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia