Utusan Borneo (Sabah)

Ikan salarong, spesies penting penduduk Pagalungan (Sabah): Kalimantan Timur

-

PAGALUNGAN: Ikan salarong atau patin muncung amat sinonim dengan penduduk yang sudah tinggal berabad lamanya di Daerah Kecil Pagalungan iaitu sebuah daerah di Sabah yang terletak di perbatasan Malaysia dengan Kalimatan Timur, Indonesia.

Menurut Penolong Pegawai Daerah (ADO) Daerah Kecil Pagalungan, Aloysius Anthony ikan salarong itu terkenal bukan sahaja kerana keenakan isinya tetapi juga kerana spesies ikan itu hanya hidup di sepanjang Sungai Lohongon yang terbentuk daripada gabungan anak-anak sungai seperti Pagalungan dan Tahol Pensiangan yang alirannya menuju ke kawasan Kalimantan Timur.

“Sungai ini (Lohongon) adalah dunia ikan istimewa ini (salarong) ... anda tidak menemui salarong di mana-mana di negeri Sabah kecuali di sini.

Ikan salarong merupakan aset penting bagi penduduk di sini kerana ia sebahagian sumber pendapatan...sejak berabad lamanya penduduk di sepanjang sungai perbatasan ini bersandark­an tangkapan ikan salarong untuk keterusan hidup,” katanya kepada Bernama

Beliau berkata penduduk di sini mereka menangkap ikan salarong dan menjualnya untuk mendapatka­n wang selain sebagai sumber makanan mereka sendiri.

Disebabkan dominasi spesies ikan salarong di sepanjang Sungai Lohongon itu telah mendorong kerajaan untuk membina sebuah replika gergasi ikan salarong sebagai mercu tanda Pejabat Daerah Kecil Pagalungan.

Aloysius berkata, Jabatan Perikanan Sabah turut memperkena­lkan Sistem Tagal di Kampung Pagalungan, Tinanduk, Kuala Pensiangan, Kuala Salong dan Salinatan sebagai usaha memastikan keterusan spesies itu daerah pedalaman ini.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia