Utusan Borneo (Sabah)

Jalani ujian saringan AIDS

Demi kehidupan lebih ceria

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU:Orang ramai yang berisiko dijangkiti penyakit HIV perlu menjalani ujian bagi mengetahui status kesihatan mereka.

Pembantu Menteri Perdaganga­ndanPerind­ustrian Azhar Matussin berkata, langkah pencegahan perlu diambil kerana pelbagai rawatan telah disediakan oleh pelbagai pihak di dalam usaha bersama-sama mengawal penularan jangkitan HIV di negara ini.

“Bagaimanap­un, masih terdapat juga halangan dalam pengesanan HIV, stigma dan diskrimina­si masih menjadi faktor utama untuk orang ramai yang menjalani pemeriksaa­n lewat, iaitu hanya selepas jatuh sakit dan mempunyai simpton,” katanya ketika merasmikan program AIDS Charity Run and Walk sempena hari AIDS Sedunia 2018 di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, program amal yang diadakan kali ini adalah satu usaha bagi meningkatk­an lagi kesedaran

“Masih terdapat juga halangan dalam pengesanan HIV, stigma dan diskrimina­si masih menjadi faktor utama untuk orang ramai yang menjalani pemeriksaa­n lewat, iaitu hanya selepas jatuh sakit dan ” mempunyai simpton AZHAR MATUSSIN

Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian

orang ramai terutama pelajar institut pengajian tinggi mengenai HIV.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karambunai berkata, program itu juga menggalakk­an penyertaan anggota masyarakat dalam usaha mencegah dan mengawal penyebaran penyakit itu.

Seramai 724 orang menyertai larian ini. Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Prof. Dr.MohammadSa­ffreeJeffr­ee, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta tetamu kehormat lain.

Dana yang dipungut dalam larian amal itu akan diserahkan kepada Wadah Pencerdasa­n Umat Malaysia (Wadah) dan Persatuan Perkhidmat­an Sokongan AIDS Sabah (Kasih).

 ??  ?? AZHAR (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan yang dipungut kepada seorang wakil penerima.
AZHAR (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan yang dipungut kepada seorang wakil penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia