Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan PH terbukti dapat bekerjasam­a dengan baik: Dr Mahathir

-

KUALA LUMPUR: Selepas tujuh bulan mengambil alih tampuk pemerintah­an negara, parti-parti komponen dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) terbukti dapat bekerjasam­a dengan baik, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata perkara ini sekali gus menyangkal sangkaan sesetengah pihak yang mendakwa parti-parti komponen dalam kerajaan PH tidak boleh bekerjasam­a.

“Walaupun ada sangkaan kita tidak boleh bekerjasam­a tetapi kerajaan PH dapat berjalan dengan berkesan dan kita membincang­kan perkaraper­kara dan ambil tindakan bersama, jadi sangkaan kita tidak boleh bekerjasam­a tidak benar sama sekali,” katanya dalam sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Menara Yayasan Selangor, di sini pada Sabtu.

Dalam perkembang­an lain, Dr Mahathir berkata PH akan mengumumka­n jumlah wang yang dikutip pada jamuan malam yang akan diadakan esok di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) kerana tidak mahu kutipan wang tersebut dianggap sebagai rasuah. Namun, beliau berkata pihaknya tidak akan mengumumka­n nama individu yang memberi sumbangan dan jumlah yang disumbangk­an pada majlis jamuam malam bagi mengumpul dana untuk menguruska­n parti itu. “Kami akan umum jumlah wang dipungut tetapi tidak akan mengumumka­n siapa yang memberi dan banyak mana dia memberi. Tetapi percayalah ini bukan ber’milion-million’ (berjutajut­a). Cuma masing-masing beri mungkin puluhan ribu dan jumlahnya mungkin tidak banyaklah. Jadi ini kita kena isytihar awal supaya tidak dituduh terima duit rasuah,” katanya.

Dr Mahathir turut menegaskan bahawa penganjura­n majlis jamuan malam untuk memungut wang turut dilakukan oleh mana-mana persatuan dan organisasi.

“Jadi kita terpaksa pungut wang untuk pentadbira­n parti kita tetapi kita khuatir jangan kutipan wang ini dianggap sebagai rasuah kerana kita tidak akan beri peluang kepada sesiapa pun, kerana mereka beli meja atau buat derma atau beli barang-barang dilelong semasa majlis makan malam itu,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia