Utusan Borneo (Sabah)

Pelancong China paling ramai melawat Malaysia: Bakhtiar

-

BALIK PULAU: Malaysia merupakan destinasi paling diminati pelancong China dan merekodkan kehadiran paling tinggi ke negara ini, kata Timbalan Menteri Pelanconga­n Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Beliau berkata kedatangan pelancong China menunjukka­n peningkata­n 20 hingga 30 peratus sekali gus menangkis dakwaan yang mengatakan pelancong China semakin berkuranga­n mengunjung­i negara ini.

“Kami mendapati jumlah pelancong China sebenarnya menunjukka­n kenaikan yang mendadak, kalau berdasarka­n statistik bulan September tahun ini, jumlah pelancong China yang datang ke Malaysia sudah sama dengan keseluruha­n jumlah pada tahun lepas.

“Jika tahun lalu pelancong China yang datang adalah sebanyak 2.2 juta, pada bulan Oktober tahun ini sudah mencapai 2.5 juta orang dan kami unjurkan mungkin boleh mencapai sehingga angka 3 juta pelancong,” katanya kepada pemberita pada majlis Fun Ride Kayuhan Boria Sempena Festival Boria 2018 di sini pada Sabtu.

Justeru dengan peningkata­n angka kemasukan itu beliau menegaskan dakwaan pihak tertentu bahawa kehadiran pelancong China semakin berkuranga­n dan mengelak untuk datang ke Malaysia, adalah salah.

“Mereka silap fakta, mereka kata sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih, mereka mengatakan bahawa pelancong China mengelak untuk datang ke Malaysia adalah tidak benar, cuma semasa golden week tu ada penguranga­n sikit tetapi keseluruha­nnya pelancong China daripada bulan Jun selepas PH ambil alih, hingga Oktober tahun ini meningkat 20 hingga 30 peratus,” katanya.

Bakhtiar berkata selepas China, pelancong kedua paling ramai adalah dari Singapura diikuti Indonesia dan Brunei.

Malahan Bakhtiar yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau itu berkata kedatangan pelancong dari negara Korea juga semakin meningkat dengan kehadiran lebih 500,000 orang pada tahun ini berbanding 484,528 orang pada tahun lepas.

Keseluruha­nnya sehingga bulan September 2018, kita hanya mengalami penguranga­n 0.1 peratus sahaja daripada tahun lepas, ini disebabkan peratus pelancong dari Singapura yang berkuranga­n, mungkin sebab masalah kesesakan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia