Utusan Borneo (Sabah)

PH setuju kekal parti komponen bertanding di Rantau, Cameron Highlands

-

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) bersetuju meletakkan calon daripada parti komponen yang bertanding sebelum ini bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Cameron Highlands, Pahang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan.

Pengerusin­ya, Tun Dr Mahathir Mohamad, bagaimanap­un, berkata calon yang akan bertanding itu akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi parti masing-masing sebelum dipertimba­ngkan.

“Calon yang bertanding akan menggunaka­n logo Pakatan (PH),” katanya dalam sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Menara Yayasan Selangor, di sini, pada Sabtu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei lalu, calon PH bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands adalah M. Manogaran daripada DAP dan Dr S. Streram daripada PKR bagi kerusi DUN Rantau.

Pada 16 Nov lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya mengisytih­arkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi DUN Rantau adalah terbatal dan tidak sah.

Mohamad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan kiniTimbal­anPresiden­Umno, menang tanpa bertanding selepas Dr Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon 28 April lepas, kerana tidak memiliki pas yang dikeluarka­n Suruhanjay­a Pilihan Raya.

Pada 30 Nov lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya turut mengisytih­arkan kemenangan calon BN, Datuk C. Sivarraajh daripada MIC bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands adalah terbatal dan tidak sah kerana wujud amalan rasuah.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia